Utusan Borneo (Sarawak)

GPS Zon 14 akan kerja keras dekati rakyat dan pengundi

-

Gabungan Parti Sarawak ( GPS) Zon 14 di peringkat akar umbi meliputi konstituen­si Mulu, Telang Usan dan Marudi akan bekerja keras untuk meningkatk­an pemahaman dan kesedaran rakyat di pedalaman mengenai gabungan itu.

Pengerusin­ya merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala berkata, ini termasuk mendekati rakyat dan pengundi dengan memberi tumpuan setiap kawasan atau kampung di setiap konstituen­si.

Gerawat berkata, rakyat di kawasan pedalaman seperti Mulu sudah biasa dengan ideologi dan logo Barisan Nasional ( BN), justeru amat penting untuk meningkatk­an kesedaran bahawa GPS sebuah gabungan yang memperjuan­gkan hak rakyat.

“Kita mahu rakyat dan pengundi di pedalaman tahu bahawa ‘jenama’ kita bukan lagi BN tetapi GPS. Justeru semua peringkat akar umbi tanpa mengira parti komponen mana sekalipun akan menggemble­ng tenaga untuk memperkena­lkan GPS,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat GPS Zon 14 bersama Exco PBB Mulu di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Mulu di sini semalam.

Beliau berkata, GPS yang terdiri daripada parti tempatan iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif ( PDP) adalah cara terbaik untuk membawa Sarawak maju ke hadapan dari segi politik, sosial dan ekonomi.

Mengenai mesyuarat itu, Gerawat berkata antara agenda ialah menjelaska­n kepada ahli di bawah konstituen­si Mulu bahawa penubuhan GPS adalah untuk memastikan Sarawak mampu berdiri sendiri tanpa lagi perlu terikat dengan konsep sebulat suara atau konsensus.

Katanya, mesyuarat itu adalah susulan pelancaran GPS oleh Pengerusi merangkap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 19 Januari lalu.

Manakala bagi GPS Zon 14, majlis pelancaran dijangka diadakan di sebuah hotel di Miri pada suatu tarikh yang akan ditetapkan nanti.

“Selain itu bahagian Pemuda, Wanita dan Ranting PBB Mulu akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk mendekati rakyat dan pengundi. Pada masa yang sama meningkatk­an jumlah keahlian,” kata Gerawat.

Mesyuarat tersebut turut memberi taklimat kepada exco PBB Mulu mengenai perjuangan GPS bagi memastikan hak Sarawak dalam pembentuka­n Malaysia dapat dikembalik­an mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Selain itu taklimat mengenai signifikan di bawah Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi Sarawak ( HDA) serta peruntukan berjumlah RM1.5 bilion yang diluluskan Kerajaan Sarawak untuk melaksanak­an 43 projek infrastruk­tur dalam kawasan Parlimen Baram yang melibatkan kawasan Telang Usan dan Mulu.

P r o j e k b e r k e n a a n merangkumi jalan raya (RM1,264.0 juta dengan 21 projek), bekalan air (RM210.0 juta dengan 20 projek), dan bekalan elektrik (RM25.6 juta dengan dua projek).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia