Utusan Borneo (Sarawak)

Harden: Perpaduan dan keharmonia­n rakyat harus terus dipupuk

-

Perpaduan dan keharmonia­n rakyat harus terus dipupuk bagi meneruskan agenda pembanguna­n ke arah negara maju menjelang 2020.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis HardenHoll­isberkatas­ekiranya rakyat terus mengekalka­n perpaduan, keharmonia­n serta mengamalka­n sikap toleransi nescaya segala pembanguna­n di seluruh negeri ini berjaya dilaksanak­an.

“Rakyat negeri ini harus bersyukur kerana perpaduan kaum lama wujud dan sentiasa dipupuk,”katanyapad­aRumah Terbuka Tahun Baharu Cina di kediaman Ketua Masyarakat Kapitan Kiew Si Ted di Taman Pasir Panas di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu berkata, rakyat harus b e k e r j a s a m a d e n g a n kerajaan negeri dalam meneruskan pelbagai projek pembanguna­n.

“Kerjasama kedua- dua pihak amat penting bagi melaksanak­an pembanguna­n di kawasan terbabit dengan jayanya.

“Jika rakyat tidak menjalinka­n kerjasama dan tidak menyokong segala dasar pembanguna­n kerajaan negeri bererti rakyat menolak pembanguna­n,” katanya.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Harden (lima kanan) pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Sri Aman semalam.
KUNJUNGAN: Harden (lima kanan) pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Sri Aman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia