Utusan Borneo (Sarawak)

Majoriti kampung Bidayuh masih belum dapat surat hak milik

-

Majoriti kampung Bidayuh masih belum mendapat surat hak milik di bawah inisiatif perimeter survei tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang dikendalik­an Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA).

Menurut Temenggung Bidayuh Bahagian Kuching Austin Dimin, sejak tujuh tahun lalu, kampung-kampung Bidayuh sudah melakukan penyukatan perimeter ke atas tanah NCR masing-masing dan menghantar data kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) melalui DBNA.

Namun demikian, katanya usaha mereka itu dengan harapan mendapat surat hak milik bagi tanah masing-masing tidak kesampaian sehingga hari ini.

“Setakat ini, sangat sedikit kampung Bidayuh yang mendapat surat hak milik di bawah perimeter survei....daripada lebih 400 kampung Bidayuh, tidak sampai 10 kampung yang sudah menerimany­a,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Austin berkata kampungkam­pung yang sudah menerima surat hak milik kebanyakan­nya dari kawasan Singai, Bau.

Bagaimanap­un, katanya bagi sebahagian besar kampung Bidayuh yang belum menerima surat hak milik, alasan yang diberikan kepada mereka adalah kekurangan tenaga kerja JTS, termasuk kekangan kewangan.

Justeru, beliau berharap JTS amnya bertindak segera dalam menyelesai­kan isu membabitka­n kampung-kampung Bidayuh itu, kerana mereka sudah menunggu terlalu lama.

Dalam pada itu, beliau berkata terdapat juga beberapa kampung yang tercicir data sukatan perimeter tanah NCR di JTS, yang antaranya adalah Kampung Jambu di daerah Padawan.

Justeru, beliau mengingatk­an ketua-ketua kampung supaya menyemak semula data kampung masing-masing bag memastikan ia terdapat dalam rekod JTS.

Bagi kampung Bidayuh data penyukatan perimeter tanah NCR adalah diserahkan kepada DBNA, untuk dikemukaka­n kepada JTS bag proses pengeluara­n surat hak milik.

 ??  ?? AUSTIN
AUSTIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia