Utusan Borneo (Sarawak)

Anjurkan aktiviti sepanjang Mei bantu promosi Miri

-

Persatuan, kelab dan kumpulan di sini dipelawa menganjurk­an aktiviti sepanjang bulan Mei yang akan datang bagi mempromosi­kan Miri sebagai bandar raya ‘hidup’ dan tempat peranginan sempena Miri May Fest 2019.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii berkata, pelawaan berkenaan turut sempena sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Miri Ke-14 tahun ini di samping mempromosi­kan pelanconga­n di sini.

“Program atau aktiviti tersebut akan dimasukkan ke dalam kalendar Miri May Fest 2019 bagi tujuan promosi dan MBM akan menerbitka­n kalendar terbabit pada pertengaha­n April 2019.

“Bagaimanap­un, keutama- an akan diberi kepada acaraacara yang memenuhi objektif MBM bagi memperkena­lkan Miri sebagai bandar peranginan, sekali gus mempromosi­kan pelanconga­n yang ada di Miri,” jelasnya.

Aktiviti berkenaan kata Yii, perlu mempunyai kriteria tertentu iaitu acara terbuka melibatkan penyertaan orang ramai, kebudayaan atau seni, sukan, belia, muzikal, tarian, nyanyian, jualan makanan amal, pameran perdaganga­n, melibatkan penyertaan pasukan atau peserta antarabang­sa, acara pernah dianjurkan sebelum ini mendapat sambutan ramai serta acara yang selaras dengan objektif yang dapat menarik tumpuan ramai.

“MBM berhak menolak mana-mana aktiviti yang tidak relevan sebelum disenaraik­an dalam kalendar aktiviti Miri May Fest 2019 tersebut.

“Ini kerana aktiviti yang diterima akan mengguna pakai logo rasmi Miri May Fest kelak,” ujarnya.

Bagi tujuan menyusun aktiviti dalam kalendar berkenaan, MBM jelas Yii berharap pihak yang ingin menyertai menghantar kembali borang mengandung­i butir-butir acara dan aktiviti kepada MBM pada atau sebelum Jumaat, 22 Mac depan untuk kelulusan.

Sehubungan itu, penganjur yang berminat boleh menghantar e-mel mengenai cadangan aktiviti mereka kepada ilyanam1@miricounci­l. gov.my atau jeni_ribad0302@ yahoo.com.my.

Mereka yang berminat turut boleh menghantar faks ke talian 085-435 602 untuk perhatian Jenifer Leku Balang di Seksyen Perhubunga­n Awam MBM.

Untuk sebarang pertanyaan, pihak yang berminat turut boleh menghubung­i Jenifer di talian Ilyana Mohamad (085442 428) atau Jenifer (085-420 215) pada waktu pejabat.

 ??  ?? ADAM YII
ADAM YII

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia