Utusan Borneo (Sarawak)

Politik bukan bidang yang boleh diajar atau ‘disekolahk­an’

-

Jangan menilai pemimpin berdasarka­n kelayakan akademik kerana politik bukanlah suatu bidang yang boleh diajar dan ‘disekolahk­an’ sepenuhnya, kata Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Jelasnya bagaimanap­un seseorang pemimpin perlu mempunyai asas-asas kukuh dalam pendidikan iaitu mempunyai kelayakan akademik meskipun sekadar mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Bidang politik ini timbul daripada peribadi seseorang itu yang mempunyai kebolehan memimpin, suka membantu serta berinterak­si dengan manusia.

“Untuk masuk politik kita cuma perlu ada asas kelayakan, SPM pun sudah memadai. Tidak semestinya perlu ada ijazah... kalau ada itu sudah cukup bagus tetapi masyarakat kini suka membuat penilaian sendiri.

“Kila lihat sendiri contoh Tun Ghafar Baba... beliau hanya mempunyai kelayakan akademik SPM sahaja tetapi pernah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, jadi tiada isu mengenai penglibata­n politik perlu ada kelayakan akademik yang tinggi,” katanya kepada BERNAMA selepas program Jelajah Perjuangan BERSATU Bahagian Tampin di sini, kelmarin (Sabtu).

Rais berkata demikian mengulas mengenai isu beberapa pemimpin Pakatan Harapan termasuk seorang timbalan menteri yang didakwa menipu latar belakang akademik barubaru ini.

Tambahnya meskipun begitu, tindakan menipu sijil kelayakan adalah sesuatu yang tidak seharusnya dibuat oleh mana-mana individu.

Mengenai program kelmarin, Rais berkata program jelajah itu bertujuan menerangka­n kejituan perjuangan BERSATU yang sering dikritik sekali gus untuk mendapatka­n pandangan orang awam.

“Dengan jelajah ini kami dapat mendekatka­n diri lebih dekat dengan rakyat serta memperkena­lkan asas- asas perjuangan supaya tidak sama dengan UMNO.

“Kami tidak jadikan duit sebagai punca suapan atau input pada perjuangan kami sebab itu kami lakukan penerangan mudah ini kepada orang awam agar mereka sedar mengenai hal ini. Jelajah ini seterusnya akan ke Rasah atau Rembau dalam masa terdekat ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia