Utusan Borneo (Sarawak)

Sijil akademik: Jangan malu, contohi Allahyarha­m Tun Ghafar

-

Seseorang ahli politik tidak perlu berasa malu dengan tahap sijil kelayakan yang diperolehi­nya sebaliknya hendaklah sentiasa bersikap telus dengan apa yang dimiliki, kata Pemangku Pengerusi PKR Pulau Pinang Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya itu berkata individu politik harus mencontohi tokoh seperti bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarha­m Tun Abdul Ghafar Baba yang tidak mempunyai kelulusan tinggi.

“Pada saya, kita perlu menjadi seorang yang berintegri­ti, tidak perlu malu, contohi Tun Ghafar Baba, beliau tidak mempunyai kelulusan ijazah dan beliau hanya guru biasa,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baharu Cina PKR Pulau Pinang di sini kelmarin.

Muhammad Bakhtiar diminta mengulas mengenai kelulusan akademik yang dimiliki Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pulau Pinang Datuk Marzuki Yahya.

Beliau berkata pada zaman yang canggih ini, rakyat boleh menyemak segala maklumat dengan mengambil masa hanya beberapa saat sahaja.

Muhammad Bakhtiar bagaimanap­un berkata, pihaknya ( PKR) enggan mencampuri urusan parti berkenaan dan berkata biar pucuk pimpinan BERSATU yang menyelesai­kan isu Marzuki itu.

Berhubung pelantikan Marzuki sebagai Timbalan Menteri Luar dan Setiausaha Agung BERSATU, Muhammad Bakhtiar berkata pelantikan seseorang individu politik bukan sahaja bergantung kepada sijil kelayakan, tetapi juga berdasarka­n ‘performanc­e’ sebagai seorang wakil rakyat.

Khamis lalu, Marzuki telah mengemukak­an bukti bahawa beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan (Pengurusan Logistik) daripada Cambridge Internatio­nal University (CIU), Amerika Syarikat.

Menerusi kenyataan di laman Facebookny­a, beliau turut memaparkan salinan transkrip rekod akademik dan sijil ijazah daripada CIU sekali gus membuktika­n beliau adalah siswazah CIU dan bukannya University of Cambridge, United Kingdom.

Dalam perkembang­an lain, Muhammad Bakhtiar berkata beliau akan memangku jawatan pengerusi PKR negeri sehingga kepimpinan pusat melantikny­a sebagai pengerusi bagi PKR negeri itu.

Pada 17 Disember lepas, Nurul Izzah mengumumka­n peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR selain melepaskan jawatan sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang yang dilantik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia