Utusan Borneo (Sarawak)

Tanggapan rakyat terhadap kualiti perkhidmat­an, kemudahan kesihatan lebih utama

-

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyifatka­n tanggapan rakyat terhadap kualiti perkhidmat­an serta penyediaan kemudahan kesihatan di negara ini adalah lebih utama berbanding pengiktira­fan daripada pihak luar.

Beliau berkata walaupun Malaysia berada pada kedudukan pertama dalam kategori Penjagaan Kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019, namun keprihatin­an semua pihak dalam menyediaka­n perkhidmat­an yang terbaik kepada rakyat tempatan sepatutnya diberi lebih tumpuan.

“Pengiktira­fan yang kita terima itu amat membanggak­an kerana ia adalah usaha yang dilakukan sejak sekian lama. Namun cabarannya adalah adakah kita mampu kekalkan kedudukan pertama dan tanggapan negara luar itu tentang kemudahan terbaik yang telah disediakan oleh sektor awam dan swasta.

“Pendekatan saya adalah kita adakan usahasama antara sektor perkhidmat­an kesihatan awam dan swasta pada masa hadapan supaya (perkhidmat­an kesihatan terbaik) bukan saja untuk orang luar, yang penting bagi saya adalah bagaimana rakyat kita berpuas hati dengan kemudahan dan perkhidmat­an yang kita beri kepada mereka,” katanya dalam sidang media selepas melancarka­n ‘Tabung Medical4Ga­za’, di sini, semalam.

Katanya, walaupun pengiktira­fan itu boleh menjadi batu loncatan kepada Malaysia dalam bidang pelanconga­n kesihatan, namun semua pihak mesti turut sama menggemble­ng usaha bagi memastikan rakyat sendiri turut mengiktira­f sektor perkhidmat­an kesihatan negara.

Pada Rabu lepas, akhbar Costa Rica News melaporkan Malaysia memperoleh skor 95 daripada 100 mata untuk berada pada kedudukan pertama bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019.

Akhbar itu turut melaporkan di Malaysia, seseorang itu tidak perlu membuat temu janji berjumpa dengan doktor pakar dan tidak perlu rujukan daripada pengamal perubatan, dan hanya perlu mendaftar di hospital dan menunggu giliran untuk bertemu pakar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Dr Dzulkefly menyampaik­an baucar pembelian Pasar Raya Econsave kepada 40 penerima yang menetap di Parlimen Kuala Selangor selepas menyempurn­akan majlis pelancaran Dana ‘Medical4Ga­za Misi Pasukan Doktor Malaysia ke Gaza’ di Puncak Alam, dekat Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama TERIMALAH: Dr Dzulkefly menyampaik­an baucar pembelian Pasar Raya Econsave kepada 40 penerima yang menetap di Parlimen Kuala Selangor selepas menyempurn­akan majlis pelancaran Dana ‘Medical4Ga­za Misi Pasukan Doktor Malaysia ke Gaza’ di Puncak Alam, dekat Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia