Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditahan bantu siasatan kematian budak perempuan

Suspek dipercayai individu terakhir dilihat bersama mangsa: Amran

-

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat kanakkanak perempuan di padang ragut Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Superinten­den Amran Sidek yang mengesahka­n penahanan itu, berkata suspek dipercayai merupakan individu terakhir dilihat bersama mangsa.

Beliau, bagaimanap­un, enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu sehingga selesai proses bedah siasat ke atas mayat tersebut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

“Setakat ini, saya hanya boleh mengesahka­n suspek direman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Amran berkata identiti mayat dikatakan kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Siti Masitoh Ibrahim, 11, yang dilaporkan hilang sejak 30 Jan lalu, itu juga masih tidak boleh disahkan.

“Polis menerima laporan daripada seorang wanita Kemboja yang tiada dokumen pengenalan diri mengenai kehilangan anaknya selepas kali terakhir dilihat menaiki motosikal bersama seorang lelaki pada 30 Januari lalu.

“Bagaimanap­un, sama ada mayat ditemui adalah sama dengan mangsa hilang belum dapat disahkan sehingga laporan keputusan bedah siasat dan ujian asid deoksiribo­nukleik ( DNA) dibuat,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Amran berkata berdasarka­n laporan ibu kanak-kanak itu, anaknya juga tidak mempu- nyai dokumen pengenalan diri.

Katanya, setakat ini kes tersebut masih diklasifik­asikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperoleh.

Media hari ini, melaporkan penemuan mayat itu yang difahamkan berada dalam keadaan tidak sempurna oleh orang kampung, di kawasan semak terletak kira-kira 200 meter dari jalan utama.

Sehubungan itu, seorang wanita daripada komuniti Kemboja di Pekan, mendakwa mayat itu anak ketiganya daripada empat beradik yang dikenaliny­a berdasarka­n pakaian pada mangsa. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DITEMUI: Mayat dipercayai kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Siti Masitoh yang dilaporkan hilang sejak 30 Jan lalu, ditemukan di padang ragut Kampung Tanjung Medang Hilir, dekat Pekan, semalam.
— Gambar Bernama DITEMUI: Mayat dipercayai kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Siti Masitoh yang dilaporkan hilang sejak 30 Jan lalu, ditemukan di padang ragut Kampung Tanjung Medang Hilir, dekat Pekan, semalam.
 ??  ?? SITI MASITOH
SITI MASITOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia