Utusan Borneo (Sarawak)

Polis berkas sembilan disyaki terbabit aktiviti persundala­n

-

Polis menahan sembilan individu termasuk tujuh warga asing selepas disyaki terbabit dalam aktiviti persundala­n di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata kesemua mereka yang berusia 29 hingga 61 tahun ditahan menerusi dua serbuan yang masing-masing dilakukan pada 1 dan 8 Februari lalu.

Serbuan pertama pada 10 malam, 1 Februari lalu menyaksika­n seorang lelaki tempatan berusia 61 dan tiga wanita warga asing berusia 39 hingga 44 tahun ditahan kerana disyaki terbabit aktiviti pelacuran di sebuah rumah di Flat Haji Manan di sini, katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya mereka dipercayai menjalanka­n kegiatan itu menerusi aplikasi WeChat.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah lampau dan kesemua mereka direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 372A dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Serbuan kedua pula katanya dilakukan di sebuah hotel di Jalan Datuk Rauf di sini, pada 10.15 malam yang menyaksika­n seorang lelaki warga tempatan ditahan dan tiga wanita serta seorang pondan warga asing diselamatk­an.

Lelaki warga tempatan berusia 42 tahun itu dipercayai dalang kegiatan, katanya.

Menurutnya siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah.

Kes disiasat menurut Seksyen 12, Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007, katanya, menambah ketiga-tiga wanita warga asing terbabit telah dihantar ke pusat perlindung­an di Johor Bahru sementara pondan berkenaan pula dihantar ke pusat perlindung­an di Melaka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? Seorang pelajar IKTBN Dusun Tua, Yusri Hafiz (kanan) melakukan kerja menukar minyak enjin pada sebuah motosikal sewaktu aktiviti tukar minyak hitam motosikal percuma di Balai Raya Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang pada lawatan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di daerah Hulu Langat, dekat Semenyih, semalam.
— Gambar Bernama Seorang pelajar IKTBN Dusun Tua, Yusri Hafiz (kanan) melakukan kerja menukar minyak enjin pada sebuah motosikal sewaktu aktiviti tukar minyak hitam motosikal percuma di Balai Raya Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang pada lawatan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di daerah Hulu Langat, dekat Semenyih, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia