Utusan Borneo (Sarawak)

TUKAR:

Awak-awak Thailand dikhuatiri lemas jatuh laut

-

GEORGE TOWN: Seorang awak-awak warga Thailand dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika sedang menarik pukat tunda dalam kejadian di atas bot kira-kira 13 batu nautika Pulau Kendi, dekat sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata dalam kejadian pukul 7 malam itu,beberapa nelayan yang berada dalam bot tersebut sedang menarik pukat tunda bersama mangsa, Prayot Ja- lupong,44, namun selepas selesai kerja mereka mendapati awakawak berkenaan telah tiada.

“Nelayan yang berada dalam bot itu bertindak mencari mangsa di sekitar kawasan perairan berkenaan namun tidak menjumpai mangsa dan disyaki dia telah terjatuh ke dalam laut,” katanya di sini semalam.

Katanya bot itu yang tiba di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung, dekat sini pukul 9.30 pagi hari ini memaklumka­n kehilan- gan mangsa kepada majikan mereka sebelum lelaki tersebut membuat laporan polis.

Beliau berkata berikutan laporan polis itu, pihaknya bersama beberapa agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melancarka­n Operasi Mencari dan Menyelamat ( SAR) bagi mencari mangsa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia