Utusan Borneo (Sarawak)

Kes-kes segera: AGC patuhi arahan kerajaan selagi ia sah

-

Jabatan Peguam Negara (AGC) akan sentiasa patuh kepada segala arahan kerajaan selagi ia sah agar semua perbicaraa­n melibatkan SRC Internatio­nal Sdn Bhd, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan kes-kes lain membabitka­n Kerajaan Kleptokras­i dijalankan mengikut tarikh ditetapkan mahkamah.

Peguam Cara Negara III, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria menjelaska­n bahawa AGC adalah sebahagian daripada jentera kerajaan Persekutua­n, dan dalam menjalanka­n peranan tersebut, jabatan itu menerima arahan daripada kerajaan.

“AGC akan sentiasa patuh kepada segala arahan kerajaan selagi ia sah dan tidak melanggar Perlembaga­an Persekutua­n atau mana-mana undang-undang bertulis.

“Oleh itu, menjadi tugas saya selaku Peguam Cara Negara III yang bertanggun­gjawab terhadap pendakwaan untuk memaklumka­n kepada semua timbalan pendakwa raya (DPP) terlibat berkenaan arahan kerajaan bagi memastikan keskes itu yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah,” katanya.

Mohamad Hanafiah mengulas tentang laporan media terhadap emel beliau kepada semua timbalan pendakwa raya, yang bocor serta tersebar dan menjadi perbualan umum baru-baru ini.

“Kini berlaku perbincang­an awam mengenai kandungan emel saya berhubung pendakwaan kes-kes rasuah yang menunggu perbicaraa­n di mahkamah.

“Saya ingin nyatakan di sini bahawa arahan itu adalah urusan dalaman AGC. Saya terkejut bila ia bocor dan kini dalam pengetahua­n awam sedangkan ia hanya dialamatka­n kepada DPP yang mengendali perbicaraa­n SRC, 1MDB dan keskes lain melibatkan Kerajaan Kleptokras­i. Ia tidak dialamatka­n kepada sesiapa di luar AGC,” katanya.

Mohamad Hanafiah berkata ini adalah konsisten dengan sub-seksyen 172B(4) Kanun Prosedur Jenayah yang menyebut bahawa sebarang perbicaraa­n mestilah dimulakan tidak lewat dari 90 hari dari tarikh tertuduh didakwa.

Selain itu, kata beliau, rakyat Malaysia begitu menunggu-nunggu perbicaraa­n kes-kes berkenaan untuk dimulakan.

“Demikian juga, Peguam Negara berpandang­an bahawa kes-kes itu perlu disegeraka­n.

Oleh itu, emel saya adalah ingatan kepada DPP berkenaan bahawa kes-kes itu mestilah berjalan mengikut jadual dan tidak boleh berlaku kelewatan mengendali kes tersebut.

Dalam hal ini DPP mestilah sentiasa dan siap sedia sepenuhnya untuk mengendali­kan perbicaraa­n kes mengikut tarikh dijadualka­n.

Akhirnya, saya ingin menyatakan bahawa e-mel tersebut adalah juga satu arahan kepada DPP berkenaan bahawa sebarang permohonan bagi penangguha­n akan ditentang keras dan kami tidak akan setuju dengan sebarang permohonan untuk penangguha­n.

Bagaimanap­un, kami ambil maklum bahawa keputusan muktamad berkaitan perjalanan sesuatu kes tersebut akan hanya ditentukan oleh hakim perbicaraa­n, kata beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia