Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak digigit anjing dapat dos lengkap vaksin rabies

-

Pejabat Kesihatan Daerah ( PKD) Larut Matang dan Selama akan memastikan kanak-kanak lelaki yang digigi anjing pada Khamis lalu mendapat dos lengkap vaksin rabies dengan dos keempat pada 21 Februari ini.

Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming berkata keadaan kesihatan Muhammad Raqib Rayyan Mohammad Nazri, 5, kini stabil setelah dimasukkan ke wad Hospita Taiping dan diberikan rawatan termasuk mengeluark­an tisu yang rosak dan bendasing pada luka atau ‘debridemen­t’ dan vaksin rabies.

Dr Ding berkata anjing yang menggigit mangsa telah dilupuskan oleh pemiliknya iaitu jiran mangsa.

“Sampel daripada bangka anjing berkenaan telah diambi oleh pihak Jabatan Perkhidmat­an Veterinar untuk ujian oleh Institut Penyelidik­an Veterinar,” katanya dalam kenyataan semalam.

Muhammad Raqib cedera d betis kaki kanan selepas digigi seekor anjing ketika bermain dengan beberapa rakannya d Kampung Air Kuning di sini pada jam 1.30 petang Khamis.

Pada 14 Januari lalu, mukim Taiping dan Bukit Gantang d daerah Larut Matang dan Selama diwartakan sebagai kawasan jangkitan anjing gila atau rabies susulan aduan daripada pemilik anjing bahawa dua anggota keluargany­a digigit di Taman Sr Kota Fasa 2, Taiping pada 31 Disember lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Sebahagian daripada anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Seri Gombak ketika bertugas membuat rondaan dan mengawal kawasan kediaman pada waktu malam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Sebahagian daripada anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Seri Gombak ketika bertugas membuat rondaan dan mengawal kawasan kediaman pada waktu malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia