Utusan Borneo (Sarawak)

22,640 pemohon terima manfaat program ‘Mobile Ehsan JPN’ 2018

-

Sejumlah 22,640 pemohon dokumen pengenalan diri melalui program ‘Mobile Ehsan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN)’ menerima manfaat pelaksanaa­n program tersebut di seluruh negara tahun lepas.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata Program Mobile Ehsan menguruska­n pengeluara­n dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan, sijil kelahiran khusus kepada golongan tidak bernasib baik seperti pesakit yang terlantar atau orang kurang upaya (OKU).

Beliau berkata program Mobile Ehsan turut dilaksanak­an di kawasan pedalaman dan sukar untuk pemohon mendapatka­n akses ke pejabat JPN.

“Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober tahun lalu (2018), JPN telah menerima 23,526 permohonan, daripada jumlah tersebut 22,640 telah berjaya diselesaik­an dan mereka sudah menerima kad pengenalan dan sijil kelahiran masing- masing,” katanya kepada pemberita selepas menyerahka­n kad pengenalan kepada dua pemohon di sini semalam.

Dua pemohon tersebut ialah seorang remaja perempuan Nur Aishah Mahazir dari Kampung Bukit Kemboja yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam otak atau hydrocepha­lus sejak lahir dan seorang warga emas Chin Md Amin dari Kampung Ulu Melaka yang mengalami masalah strok saraf.

Mengulas lanjut, Moha- mad Razin berkata menerus pelaksanaa­n program tersebut pemohon tidak perlu pergi ke pejabat JPN sebaliknya pegawai jabatan tersebut akan ditugaskan perg ke rumah atau lokasi untuk menguruska­nnya.

“Permohonan boleh dilakukan oleh waris, penjaga pemimpin masyarakat seperti Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen kawasan tersebut.

“Sebaik terima permohonan, kita akan segera ambil tindakan, pegawa akan turun ke lokasi untuk menguruska­nnya. Setakat ini tiada ‘backlogged’ dalam permohonan, kerana JPN mahu pastikan setiap warganegar­a mendapat perkhidmat­an sewajarnya,” katanya — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBANTU: Mohammad Razin (kanan) menyerahka­n kad pengenalan warga emas Chin Md Amin dari Kampung Ulu Melaka yang mengalami masalah strok saraf kepada Suhana (kiri).
— Gambar Bernama DIBANTU: Mohammad Razin (kanan) menyerahka­n kad pengenalan warga emas Chin Md Amin dari Kampung Ulu Melaka yang mengalami masalah strok saraf kepada Suhana (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia