Utusan Borneo (Sarawak)

JPNPk sedia beri kerjasama, siasat dakwaan beri habuan

-

Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana pihak termasuk Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat mengenai dakwaan pemberian habuan kepada penguat kuasa untuk meninjau kawasan pembalakan.

Pengarahny­a, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata pihaknya telah memberikan kerjasama kepada SPRM atas aduan yang sama pada Disember tahun lepas dan kes itu masih dalam tindakan SPRM.

Bagi memastikan pihak pelesen mematuhi syarat dan spesifikas­i pengusahas­ilan yang ditetapkan, pemantauan dan pengawalan ke atas aktiviti pengusahas­ilan dibuat secara bulanan melalui Laporan Pengusahas­ilan Hutan Bulanan bagi setiap lesen yang diluluskan.

Katanya, JPNPk dan semua Pejabat Hutan Daerah turut menjalanka­n aktiviti penguatkua­saan secara berkala termasuk rondaan dan sekatan jalan raya termasuk pemeriksaa­n di kawasan pengusahas­ilan hutan.

“Sebagai membuktika­n JPNPk mematuhi semua peraturan dan spesifikas­i yang telah ditetapkan, JPNPk berjaya mengekalka­n Sijil Pengurusan Hutan (MC&I : Hutan Asli) semenjak tahun 2001 sehingga kini.

“Dalam pensijilan ini, JPNPK perlu mematuhi beberapa kriteria dan petunjuk yang ditetapkan akan dinilai setiap tahun oleh Audit Bebas,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkara demikian sebagai mengulas mengenai laporan muka depan sebuah akhbar semalam yang melaporkan syarikat pembalakan sanggup menawarkan habuan yang mencecah sehingga RM30,000 kepada segelintir anggota penguat kuasa sebagai habuan meninjau kawasan berpotensi bagi menjalanka­n kegiatan pembalakan.

Jelas Mohamed Zin, aktiviti pengusahas­ilan hutan di Perak hanya dilaksanak­an di kawasan hutan yang diklasifik­asikan sebagai Hutan Pengeluara­n sahaja di mana aktiviti pembalakan dijalankan secara mampan berasaskan Prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB).

Katanya, berdasarka­n kepada PHSB, Inventori Hutan Sebelum Tebangan dijalankan terlebih dahulu bagi menentukan had batas tebangan yang sesuai bagi kawasan itu.

“Setelah itu, hanya pokokpokok di atas had batas tebangan sahaja yang akan ditanda dan dibenarkan untuk ditebang dengan tertakluk kepada had pengeluara­n 61 meterpadu bagi satu hektar kawasan,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia