Utusan Borneo (Sarawak)

TNB peruntuk RM5.8 juta untuk R&D kelip-kelip

-

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntu­kan dana sebanyak RM5.8 juta sejak dua tahun lepas dalam mempelopor­i penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) habitat kelip-kelip di negara ini.

Pengurus Besar Bahagian Penjanaan dan Alam Sekitar TNB Research (TNBR), Dr Mohd Hariffin Boosroh berkata penyelidik­an itu dibuat selepas kejayaan TNBR dalam pemulihara­an koloni kelip- kelip di Kampung Kuantan di Selangor yang menerima jutaan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata pihaknya mengenai pasti 10 kawasan kelip-kelip di seluruh negara dan menyenarai pendek dengan memilih tiga lokasi baharu yang berpotensi besar iaitu di Kampung Dew di sini, Sungai Timun Rembau di Negeri Sembilan dan Kampung Yak Yah, Kemaman di Terengganu.

Katanya, TNBR melalui geran penyelidik­an telah memulakan kajian bersama Universiti Kebangsaan Ma- laysia (UKM) di tiga lokasi baharu itu sejak tiga tahun lepas termasuk di Kampung Dew pada Mei tahun lepas.

“Objektif utama kajian di Kampung Dew adalah untuk membangunk­an satu kaedah pelan pengurusan ekosistem yang lestari bagi pemulihara­an populasi kelip-kelip dan habitatnya,” katanya ketika berucap pada Program Lestari Komuniti dan Alam Sekitar di Kampung Dew di sini semalam.

Mohd Hariffin berkata hasil penyelidik­an di Kampung Dew mendapati populasi kelip-kelip di Sunga Sepetang dalam keadaan stabil dan terdapat dua spesis kelip-kelip yang dijumpa iaitu Pteroptyx dan Pteroptyx Valida. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Ahmad (lima kanan) sebelum menanam pokok berembang yang menjadi habitat pembi akan kelip-kelip pada Program Lestari Komuniti dan Alam Sekitar di Kampung Dew, Taiping semalam
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Ahmad (lima kanan) sebelum menanam pokok berembang yang menjadi habitat pembi akan kelip-kelip pada Program Lestari Komuniti dan Alam Sekitar di Kampung Dew, Taiping semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia