Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditahan ugut simbah dan toreh muka isteri

-

Polis menahan seorang lelaki kerana mengugut mahu menyimbah asid dan menoreh muka isterinya jika wanita itu menuntut cerai dalam kejadian di rumah mereka di Relau, dekat sini pada awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan jam 1.45 petang kelmarin di rumahnya di Relau berikutan laporan polis dibuat isterinya.

“Menurut isteri lelaki itu, semasa berada di rumah mereka 6.00 pagi Jumaat, suspek bertindak menekan muka mangsa dan mengugut akan menyimbah asid serta menoreh muka wanita itu jika dia mahu bercerai.

“Mangsa yang berusia 51 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan kerana bimbang keselamata­n dirinya sebelum polis berjaya menahan suami wanita itu semalam (kelmarin),” katanya di sini semalam.

Katanya lelaki itu direman untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembang­an lain, Che Zaimani berkata mayat seorang lelaki warga Kanada, Bieber Robert Donald, 70, ditemui telah berbau dan muka sudah berulat dipercayai telah mati sejak tiga hari lepas di apartmenty­ang disewanya di Batu Feringghi, dekat sini kelmarin.

Katanya mayat lelaki itu ditemui di tandas bilik utama rumah berkenaan selepas polis memecah masuk rumah itu jam 6.55 petang berikutan pihaknya menerima laporan daripada pemilik apartmen itu yang mangsa gagal dihubungi sejak tiga hari lepas.

“Pemilik apartmen itu pergi ke rumah berkenaan selepas anak lelaki mangsa yang tinggal di Singapura menghubung­inya menerusi e-mel memaklumka­n bapanya gagal dihubungi dan sebaik dia sampai di apartmen tersebut mendapati terdapat bau busuk sebelum bertindak menghubung­i polis,” katanya.

Katanya lelaki itu telah menyewa di apartment berkenaan sejak tahun lepas dan polis turut menemui beberapa jenis ubat bersama mayat berkenaan.

“Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan laporan bedah siasat mendapati mangsa mati disebabkan sakit jantung,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia