Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat kanak-kanak perempuan ditemui di padang ragut

-

Mayat dipercayai kanak-kanak perempuan ditemui di kawasan padang ragut di Kampung Tanjung Medan Hilir, Pekan, petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan berkata mayat yang belum dikenal pasti identitiny­a ditemui oleh orang awam pada 4.25 petang.

“Mayat dijumpai dalam keadaan tertiarap di kawasan semak kira-kira 200 meter dari jalan utama yang agak terlindung daripada pandangan.

“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini, dan bedah siasat akan dijalankan pada pagi ini untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Menurut Othman, siasatan awal polis di kawasan penemuan mayat yang terletak bersebelah­an ladang kelapa sawit itu tidak menemukan sebarang senjata.

Setakat ini kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia