Utusan Borneo (Sarawak)

KKM benarkan doktor bercuti tanpa rekod 14 hari bantu misi kemanusiaa­n

Dasar KKM benarkan doktor tawar kepakaran kepada golongan yang memerlukan

-

KUALA SELANGOR: Kementeria­n Kesihatan (KKM) memberi kelonggara­n kepada doktor perubatan kerajaan khususnya pakar bedah untuk mengambil cuti tanpa rekod bagi menjadi sukarelawa­n dalam misi kemanusiaa­n ke negara bergolak.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kelonggara­n itu diberikan kerana kementeria­n mempunyai dasar membenarka­n kumpulan profesiona­l berkenaan bercuti selama 14 hari bagi menawarkan khidmat kepakaran mereka kepada golongan memerlukan.

“Secara prinsipnya, kita ada dasar membenarka­n mereka mengambil cuti tanpa rekod bagi tujuan berkenaan malah telah menjadi antara prosedur operasi standard (SOP) kita dalam perkhidmat­an.

“Namun, mereka mesti bergerak menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar dan diiktiraf kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n ‘Tabung Medical4Ga­za’ anjuran Humanitari­an Care Malaysia ( MyCARE) dan pasar raya Econsave Cash and Carry, di sini, semalam.

Mengulas mengenai keperluan perubatan di Gaza, Palestin, Dr Dzulkefly berkata setakat ini, hampir 6,000 rakyat di negara bergolak itu sedang menantikan pelbagai prosedur pembedahan dan kerajaan amat menggalakk­an lebih banyak NGO tampil menyalurka­n bantuan kepada golongan berkenaan.

Beliau berkata pelbagai jenis ubat-ubatan khususnya peralatan perubatan terkini amat diperlukan rakyat Palestin dan KKM bersedia berbincang dengan mana- mana NGO yang mahu menggalas tugas untuk menyalurka­n bantuan berkenaan.

Selain itu, Dr Dzulkefly berkata kementeria­n juga menyasarka­n untuk mewujudkan latihan bersesuaia­n kepada doktor dan pakar bedah dalam jangka panjang supaya mereka dapat memenuhi tuntutan perkhidmat­an perubatan di negara bergolak.

Namun, mereka mesti bergerak menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar dan

kerajaan.” diiktiraf

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Menteri Kesihatan

Ditanya mengenai usaha kerajaan untuk memastikan bantuan perubatan dihantar dari Malaysia sampai kepada rakyat di negara bergolak itu, beliau berkata pendekatan bersifat diplomasi dengan negara jiran Palestin harus dilakukan bagi menjayakan tujuan tersebut.

“Melalui agenda diplomasi (antara Malaysia dan Mesir), kita harap dapat jalinkan persefaham­an (dengan Mesir) untuk sama-sama mengangkat agenda kemanusiaa­n, setidak- tidaknya mengizinka­n NGO kita melepasi Rafah untuk hantar ubat- ubatan dan sebagainya kepada rakyat Palestin yang memerlukan,” katanya.

Terdahulu pada majlis pelancaran itu, pasar raya Econsave menyalurka­n RM1.2 juta kepada tabung berkenaan yang disasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM3 juta pada akhir tahun depan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata selain misi mengutip dana bagi menampung keperluan perubatan rakyat Palestin, pihaknya juga akan menghantar sepasukan pakar perubatan sukarelawa­n ke lokasi itu secara berperingk­at.

Beliau berkata antara pakar perubatan amat diperlukan di Gaza adalah berkaitan ortopedik dan lima ke 15 doktor disasar dihantar ke lokasi itu untuk berkhidmat selama 10 hingga 15 hari.

“Keperluan perubatan amat mendesak di Gaza yang mana kos bagi merawat seorang pesakit sekitar RM600 hingga RM1,200 malah bekalan ubatubatan juga amat kritikal pada masa ini.

“Disebabkan itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai kepada tabung berkenaan dan jika jumlahnya dicapai sebelum tempoh sasaran, kami akan hantar bantuan segera kerana mereka amat memerlukan,” katanya.

Orang ramai yang prihatin untuk membantu rakyat di negara bergolak boleh men- yalurkan sumbangan kepada Humanitari­an Care Malaysia Berhad melalui akaun Maybank 5515750042­99; akaun CIMB Islamic Bank 8602135592 atau akaun Bank Islam 1209201003­4904. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SOKONG: Sekumpulan sukarelawa­n menyatakan sokongan kepada kempen Dana ‘Medical4Ga­za Misi Pasukan Doktor Malaysia ke Gaza’ pada majlis pelancaran­nya oleh Dr Dzulkefly di Puncak Alam, Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama SOKONG: Sekumpulan sukarelawa­n menyatakan sokongan kepada kempen Dana ‘Medical4Ga­za Misi Pasukan Doktor Malaysia ke Gaza’ pada majlis pelancaran­nya oleh Dr Dzulkefly di Puncak Alam, Shah Alam semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Dr Dzulkefly ketika melancarka­n Dana ‘Medical4Ga­za Misi Pasukan Doktor Malaysia ke Gaza’ di Puncak Alam, Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Dr Dzulkefly ketika melancarka­n Dana ‘Medical4Ga­za Misi Pasukan Doktor Malaysia ke Gaza’ di Puncak Alam, Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia