Utusan Borneo (Sarawak)

Insiden Jambatan P.Pinang: Pemandu Toyota Vios didakwa

-

Pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Km4.0 Jambatan Pulau Pinang awal pagi 20 Jan lepas yang turut menyaksika­n sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 terhumban ke laut dan mengorbank­an pemandunya akan didakwa hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pemuda berusia 21 tahun tersebut akan dituduh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam menurut Seksyen 41( 1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Pihak polis telah mendapat arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa lelaki yang bekerja sebagai pendandan rambut di salon milik ibunya itu esok (hari ini),” katanya d sini semalam.

Seksyen tersebut memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian 2.54 pag Ahad itu, Moey Yun Peng, 20 yang memandu SUV tersebut maut selepas kenderaann­ya terhumban ke laut akibat terbabit kemalangan dengan Toyota Vios berkenaan.

SUV dan mayat pelajar kolej swasta tersebut hanya dapat dikeluarka­n dari dasar laut pada petang Selasa — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia