Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan inklusif kepada semua jenis institusi pendidikan

-

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi bantuan secara inklusif kepada semua jenis institusi pendidikan yang berdaftar dan bebas daripada pengaruh politik mengikut kemampuan kewangan semasa negara.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kewangan, Lutfi Hakim berkata peruntukan RM2 juta kepada sebuah kolej swasta, Southern University College baru-baru ini, yang dipersoal pemimpin UMNO dan PAS adalah permainan sentimen prejudis dan sempit.

“... anehnya, pemimpin pembangkan­g daripada MCA pula mempertika­ikan jumlah peruntukan kerana dianggap terlalu kecil,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, Lutfi berkata Kementeria­n Kewangan sebelum ini meluluskan peruntukan RM15 juta secara terus kepada Universiti Islam Malaysia (UIM), sebuah institusi pengajian tinggi swasta bukan untuk keuntungan di Cyberjaya.

“Pemberian ini tidak pula dipertikai­kan pemimpin pembangkan­g PAS dan UMNO,” katanya.

Selain itu, Lutfi berkata Belanjawan 2019 juga memperuntu­kkan RM25 juta kepada sekolah pondok berdaftar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia