Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa punyai anak terjebak dadah mungkin diwajibkan ikuti kaunseling

-

Ibu bapa yang anak mereka terjebak dalam penyalahgu­naan dadah mungkin akan diwajibkan mengikuti sesi kaunseling, kata Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Katanya perkara itu telah dipersetuj­ui oleh jawatankua­sa kabinet mengenai maslaah dadah susulan saranan AADK dengan mengambil kira peranan ibu bapa dalam membantu anak bebas dadah.

“Setakat ini, kebanyakan ibu bapa yang hadir ke majlis anjuran AADK bersama masyarakat adalah ibu bapa yang anaknya tidak terlibat dengan masalah dadah.

“Apabila sesi kauseling itu diwajibkan kelak, kita harap ibu bapa lebih berpengeta­huan tentang masalah tersebut dan cara untuk membantu anak mereka,” katanya.

Zulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi AADK Pahang Bersama Rakan Pintar dan Rakan Strategik di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang di Indera Mahkota di sini, kelmarin.

Mengulas mengenai penagihan dadah di Pahang, Zulkifli berkata masalah itu menunjukka­n penguranga­n dengan hanya empat kawasan dikategori­kan sebagai ‘merah’ berbanding 12 sebelum ini.

“Empat kawasan terbabit ialah Kuantan, Chini, Bandar Jengka dan Jerantut dengan kawasan tanah rancangan merupakan antara penyumbang utama masalah ini,” katanya.

Zulkifli berkata pihaknya giat bekerjasam­a dengan FELDA dalam usaha mengurangk­an masalah penagihan dadah di kawasan tanah rancangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia