Utusan Borneo (Sarawak)

PKPS: Usah resah jika tiada akaun bank di luar negara

PKPS merupakan proses pemutihan cukai untuk membantu mereka yang membuka akaun di luar negara

-

PUTRAJAYA: Pembayar cukai yang menerima surat atau e-mel Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak perlu resah sekiranya tidak memiliki sebarang akaun bank di luar negara.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata ini berikutan PKPS merupakan proses pemutihan cukai untuk membantu mereka yang membuka akaun di luar negara dengan wang pendapatan daripada Malaysia yang masih belum dilapor atau dicukai.

“Jika pendapatan ini telah dilaporkan kepada LHDN atau dikenakan cukai dan kemudianny­a disalurkan ke luar negara, maka segalanya adalah teratur di sisi undang-undang cukai pendapatan.

“Prosedur pembukaan akaun bank di luar negara adalah seragam di peringkat antarabang­sa yang mana butiran lanjut pendaftara­n dan maklumat percukaian perlu dikemukaka­n kepada pihak berkuasa negara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kenyataan itu dibuat selepas pihaknya menerima banyak pertanyaan individu yang telah menerima surat serta e-mel PKPS daripada LHDN.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah dilaporkan berkata pihaknya memperkena­lkan inisiatif PKPS sebagai salah satu kaedah penyelesa-

Jika pendapatan ini telah dilaporkan kepada LHDN atau dikenakan cukai dan kemudianny­a disalurkan ke luar negara, maka segalanya adalah teratur di sisi

” undang-undang cukai pendapatan.

ian cukai untuk mereka yang mempunyai pendapatan dijana daripada hasil sumber pendapatan Malaysia yang boleh dicukai dan disimpan di akaun bank di luar negara tetapi pendapatan tersebut masih belum dilaporkan kepada LHDN.

Di bawah program tersebut, kerajaan bersetuju memberi kelonggara­n penguranga­n bayaran penalti daripada 300 peratus kepada 10 peratus sekiranya pelaporan dibuat pada atau sebelum 31 Mac, 2019 dan 15 peratus sekiranya pelaporan dibuat pada atau sebelum 30 Jun, 2019.

Mengulas lanjut, Lim berkata di bawah inisiatif Per- tukaran Maklumat Secara Automatik (AEOI) oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembanguna­n Ekonomi (OECD) yang ditandatan­gani oleh lebih 100 negara, LHDN telah mula menerima maklumat kewangan khususnya membabitka­n pemilikan akaun bank dari luar negara mulai September lepas.

“Dalam erti kata lain, PKPS menawarkan satu penyelesai­an cukai bagi mereka yang ada akaun bank di luar negara tetapi pendapatan­nya tidak dilaporkan kepada LHDN.

“Pembayar cukai dalam kategori inilah yang diminta menerusi e-mel atau surat LHDN untuk menghubung­i dan melaporkan pendapatan tersebut kepada LHDN,” kata beliau.

Justeru, jelas Lim, pembayar cukai yang mempunyai akaun bank di luar negara boleh membuat pelaporan secara sukarela melalui PKPS jika terdapat pendapatan dari Malaysia yang disimpan di dalam akaun bank luar negara tetapi belum dilapor atau dikenakan cukai.

“Saya juga telah meminta LHDN mengambil tindakan tegas terhadap aduan yang diterima berhubung segelintir pegawainya yang cuba mengambil kesempatan di atas pelaksanaa­n PKPS dengan menjalanka­n tugas secara tidak profesiona­l, mengugut pembayar cukai dan tidak mengikut prosedur kerja yang ditetapkan,” katanya.

Lim turut menegaskan bahawa tiada perubahan dalam sistem dan kuantum penalt cukai yang berkuat kuasa untuk pembayar cukai dalam Malaysia dan masih menggunaka­n struktur penalti sama.

“Perubahan tindakan yang dibuat adalah menghentik­an serbuan ke rumah pembayar cukai pada tengah malam oleh pegawai bersenjata dan mengenakan topeng muka sebelum ini (iaitu) operasi Pasukan Penguatkua­sa Pemulihan Negara (NRRET),” katanya.

Susulan itu, kata Lim, satu e-mel atau surat baharu akan dihantar semula oleh LHDN untuk menggantik­an surat edaran PKPS sebelum in bagi mengelak sebarang salah faham. — Bernama

Lim Guan Eng Menteri Kewangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia