Utusan Borneo (Sarawak)

Chow Kon Yeow santuni peniaga, pengunjung agih limau mandarin

-

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow semalam meluangkan masa kira-kira satu jam menyantuni peniaga dan orang ramai serta mengagihka­n limau mandarin di Pasar Lebuh Cecil di sini.

Turut mengiringi Chow adalah Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pengkalan Kota Daniel Gooi Zi Sen.

Rata- rata peniaga yang sedang sibuk memasak untuk pelanggan teruja dengan pemberian buah limau dari pemimpin nombor satu Pulau Pinang itu.

Begitu juga dengan orang ramai yang sedang menikmati hidangan di warung-warung yang terdapat dalam pasar berkenaan kelihatan gembira apabila memperoleh limau sempena perayaan Tahun Baharu Cina itu.

Gooi berkata sebanyak 500 limau mandarin telah diberikan kepada peniaga dan pengunjung yang sedang menikmati hidangan d warung di pasar itu dan acara terbabit akan diteruskan pada masa akan datang

“Memandangk­an ini adalah pengalaman pertama saya sejak menjadi ADUNH, maka program seperti ini akan kita teruskan dan dijadikan tradisi dalam mengeratka­n lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat,” katanya — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia