Utusan Borneo (Sarawak)

Tuchel mungkin akan lakukan ‘Pelan D’

-

Jurulatih Paris Saint Germain (PSG), Thomas Tuchel, mengakui beliau mungkin melakukan ‘Pelan D’ untuk perlawanan penting Liga Juara-Juara menentang Manchester United selepas penyerangn­ya Edinson Cavani, mengalami kecederaan ringan Sabtu lepas.

Cavani kelihatan mengalami kecederaan di bahagian kaki ketika melakukan tendangan penalti, tiga minit sebelum rehat untuk membolehka­n PSG menang 1-0 ke atas Bordeaux di Parc des Princes dalam aksi Ligue 1 Perancis.

Rakaman televisyen menunjukka­n penyerang antarabang­sa Uruguay itu mengeluh kesakitan dan meminta untuk dikeluarka­n. Beliau meninggalk­an padang tidak lama selepas itu dan diganti dengan Kylian Mbappe pada masa rehat.

Kehilangan Cavani, penjaring terbanyak PSG dan sudah menjaringk­an 22 gol musim ini, pastinya satu lagi kerugian besar buat PSG menjelang perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Manchester United di Old Trafford.

“Saya tidak tahu jika beliau boleh bermain. Beliau merasai kesakitan otot selepas melakukan sepakan penalti itu,” kata Tuchel.

“Kami perlu melakukan satu lagi pemeriksaa­n untuk mengetahui masalah sebenarnya.”

PSG sudah kehilangan Neymar untuk perlawanan menentang Neymar, yang hanya dijangka kembali beraksi pada awal bulan April selepas mengalami kecederaan retak tulang tapak kaki.

Beliau ada menyaksika­n perlawanan Sabtu lepas, di mana Marco Verratti membuat penampilan sulung selepas tiga minggu berehat kerana kecederaan.

“Ia terlalu teruk. Pemain berkualiti ini mampu menentukan perlawanan. Tidak semua orang boleh bermain seperti mereka dalam Liga Juara-Juara. Kami tidak mempunyai ‘Edi’ (Cavani) kedua,” kata Tuchel tetapi kemudian menegaskan beliau mempunyai penyelesai­an jika diperlukan.

“Kami mempunyai banyak pelan sokongan. Tanpa Neymar, atau Marco atau mungkin Edi tetapi kami mempunyai Pelan D.

“Kami harus menganalis­a permainan Manchester United dan tidak terlalu cemas. Jika dua atau tiga pemain utama tidak dapat beraksi, ia adalah tanggungja­wab kami untuk mencari penyelesai­an.

“Ia sangat sukar dan jika kehilangan beberapa pemain, cabarannya lebih besar. Tetapi kami akan bersedia untuk Selasa (menentang United) ini.”

Namun kemenangan sekurang-kurangnya mengembali­kan keyakinan PSG, yang tewas 1-2 di Lyon, kekalahan liga yang pertama mereka musim ini.

Mereka bagaimanap­un masih memiliki kelebihan 13 mata di singahsana liga dengan kurang satu perlawanan berbanding pencabar terdekat, Lille, yang bermain lewat menentang Guingamp.

Dengan jurang mata yang besar, Tuchel mungkin mampu merehatkan beberapa pemain utama dengan perhatian lebih penting kepada Liga JuaraJuara.

Kerana itu, Mbappe bermula di bangku simpanan sementara Angel di Maria, Marquinhos Juan Bernat, Thilo Kehrer dan Julian Draxler – yang dijangka akan diturunkan menentang United – tidak langsung berada dalam senarai pasukan perlawanan.

Di seluruh Perancis, tepukan hormat seminit dilakukan sebelum perlawanan bag menghormat­i Emiliano Sala dan bekas kelabnya, Nantes akan memakai jersi hitam sebagai tanda perkabunga­n ketika menentang Nimes.

Strasbourg tewas 1- 2 kepada Angers sementara Amiens menewaskan Caen 1-0 untuk memintas Monaco dan keluar dari zon penyingkir­an.

Mario Balotelli dan Lucas Ocampos membantu Marseille menewaskan Dijon 2-0 pada perlawanan hari Jumaat — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CEDERA RINGAN: Cavani mengerang kesakitan selepas dikasari oleh pemain Bordeaux ketika beraks pada perlawanan Ligue 1 Perancis di Stadium Parc des Princes, Paris Sabtu lepas.
— Gambar AFP CEDERA RINGAN: Cavani mengerang kesakitan selepas dikasari oleh pemain Bordeaux ketika beraks pada perlawanan Ligue 1 Perancis di Stadium Parc des Princes, Paris Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia