Utusan Borneo (Sarawak)

Courtois tangani cemuhan, Bale tunjuk bakat pada masa yang tepat

-

Thibaut Courtois menangani cemuhan dan dibaling dengan patung permainan tikus – ketika Gareth Bale menunjukka­n bakatnya pada masa yang tepat ketika Real Madrid menewaskan Atletico Madrid 3-1 pada perlawanan La Liga Sepanyol Sabtu lepas.

Kemenangan liga yang kelima berturut-turut buat Real Madrid itu bermakna mereka kini berada di tangga kedua liga buat kali pertama sejak bulan September, di hadapan Atletico dan lima mata di belakang pendahulu liga, Barcelona.

Barca boleh menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan lapan mata jika menewaskan Athletic Bilbao pada perlawanan lewat tetapi satu lagi aksi memberangs­angkan Real di Stadium Wanda Metropolit­ano dan dibantu dengan beberapa keputusan memihak mereka, meletakkan Real kembali ke saingan kejuaraan liga.

“Kami akan terus bersaing sehingga ke akhir,” kata jurulatih Real, Santiago Solari “Kami harus mengekalka­n rentak ini.”

“Mereka adalah lebih bagus berbanding kami,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone. “Kami harus memberi respon segera.”

Bale tidak disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama untuk kali kedua dalam tempoh empat hari, selepas beliau juga menjadi pemain simpanan ketika menentang Barcelona dalam aksi Copa del Rey.

Gol Bale, yang ke-100 beliau bersama Real Madrid, tidak menarik perhatian Solari, walaupun jika cara beliau meraikan gol itu menimbulka­n persoalan selepas kelihatan membuat penghinaan ke atas penyokong Atletico.

Penyudah Bale menamatkan kebangkita­n Atletico selepas penalti Sergio Ramos meletakkan Real di hadapan sekali lagi selepas Antoine Griezmann mengikat kedudukan 1-1 buat Atletico selepas Casemiro membuka jaringan.

“Ia hebat untuk Gareth,” kata Solari. “Beliau berasa sangat gembira dan gembira dengan golnya, yang membantu menentukan perlawanan kerana saingannya belum berakhir tetapi beliau menamatkan segala kebangkita­n Atletico.”

Pada masa Thoams Partey dibuang padang ketika berbaki 10 minit permainan, saingan masih terbuka dan Courtois boleh menarik nafas lega apabila wisel penamat dibunyikan pengadil.

Penjaga gol antarabang­sa Belgium itu, yang menghabisk­an tiga tahun di Atleti- co, bermain untuk Real buat kali pertama di gelanggang bekas kelabnya.

Beliau dicemuh apabila memasuki padang untuk sesi memanas badan dan kemudian sebelum sepak mula ketika penyokong fanatik Atletico yang berada di belakang pintu gol beliau, membaling puluhan patung permainan tikus ke arahnya. Satu sepanduk bertulis ‘ Thibaut – Rata (tikus)’ juga kelihatan.

“Saya tahu apa yang akan berlaku,” kata Courtois. “Perlawanan berjiran sen- tiasa sukar tetapi saya harus mengekalka­n fokus dan mengawal perasaan saya, untuk tidak memikirkan tentang apa yang mereka baling ke arah saya. Ia tidak penting.”

Alvaro Morata beralih ke Atletico, juga menerusi kelab Chelsea selepas bermula d Real Madrid. Beliau mendapat sorakan tetapi tidak mempamerka­n aksi memberangs­angkan walaupun ada menjaringk­an gol tetapi tidak dibenarkan pengadil selepas semakan video bantuan pengadil (VAR). — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia