Utusan Borneo (Sarawak)

Pahang kembali kuasai tangga teratas liga

Menang bergaya 3-0 ke atas Terengganu FC pada perlawanan di Stadium Darul Makmur

-

KUALA LUMPUR: Pahang kembali menguasai tangga teratas Liga Super selepas menang bergaya 3-0 ke atas pasukan jiran, Terengganu FC pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin.

Pahang berkongsi enam mata dengan Johor Darul Ta’zim ( JDT) namun berada di tangga teratas menerusi perbezaan jaringan.

Pada aksi di Kuantan, skuad Tok Gajah meraih jaringan menerusi Dickson Nwakaeme pada minit ke13, Darryl Herold Goulon (minit ke-51) dan bekas pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha pada penghujung perlawanan.

Melaka pula merekodkan kemenangan kedua berturut-turut selepas mengatasi PKNS FC 1-0 di Stadium Shah Alam hasil jaringan penalti Safiq Rahim pada minit ke-24.

Dalam pada itu, pendatang baharu, Petaling Jaya City FC (PJ City FC) gagal menggunaka­n kelebihan beraksi di laman sendiri setelah terikat 1-1 menentang Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

PJ City FC terlebih dahulu membuka tirai jar- ingan menerusi sepakan penalti Pedro Henrique pada minit ke-79, sebelum Rufino Segovia del Burgo menyamakan kedudukan untuk Selangor, juga hasil sepakan penalti pada minit ke-90.

Dalam saingan Liga Premier, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas menang tipis 2-1 ke atas UKM FC di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang, Johor Bahru.

Dua gol skuad Harimau Selatan dijaringka­n Mohammed Ghaddar pada minit ke-18 dan S. Kumaahran pada minit ke-54, manakala UKM FC meraih gol sagu hati menerusi K. Reuben pada minit ke-45.

Sarawak pula meraih kemenangan sulung pada musim ini setelah menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching hasil jaringan Bobby Gonzales pada minit ke-63 dan ke-84.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula gagal menggunaka­n kelebihan beraksi di tempat sendiri setelah seri 1-1 berdepan Negeri Sembilan di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang.

Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-44 menerusi percubaan menarik pemain import dari Jepun, Shunsuke Nakatake, sebelum Lee Chang-hoon menyamakan kedudukan untuk PDRM pada minit ke-47 menerusi sepakan penalti. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Pemain Pahang meraikan jaringan rakan sepasukan Goulan Herold Mark ketika menentang Terengganu pada perlawanan Liga Super 2019 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin.
— Gambar Bernama CERIA: Pemain Pahang meraikan jaringan rakan sepasukan Goulan Herold Mark ketika menentang Terengganu pada perlawanan Liga Super 2019 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia