Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Fed: Halep, Pliskova pastikan Republik Czech, Romania terikat 1-1

-

Dua bekas pemain nombor satu dunia, Karolina Pliskova dan Simona Halep masing-masing memenangi perlawanan perseorang­an pertama mereka ketika pertemuan Piala Fed di antara juara bertahan, Republik Czech dan Romania berkesudah­an 1-1 pada hari pertama kejohanan.

Pliskova, pemain utama Czech ekoran ketiadaan Petra Kvitova, menewaskan Mihaela Buzarnescu 6-1 dan 6-4 sebelum Halep menewaskan Katerina Siniakova 6-4 dan 6-0 untuk mengikat kedudukan.

Kemenangan itu memastikan pertemuan menarik di antara Pliskova, yang berada pada ranking kelima dunia ketika ini dan Halep, pemain ranking ketiga dunia pada gelanggang tertutup di Ostrava.

“Saya teruja tetapi saya tidak mampu untuk berasa terlalu yakin,” kata Pliskova, yang berharap untuk membantu Czech membuat penampilan ke-11 berturut-turut di separuh akhir kejohanan Piala Fed ini.

Kebimbanga­n beliau boleh difahami kerana beliau ketinggala­n 2-6 dalam pertemuan menentang Halep.

Bagaimanap­un, Pliskova menang pertemuan terakhir kedua-dua pemain di Madrid pada 2018 dan juga menang dalam pertarunga­n peringkat Kumpulan Dunia Piala Fed 2016.

Halep, juara Terbuka Perancis, sudah berikrar untuk memenangi Piala Fed yang pertama untuk Romania sebelum beliau bersara, meng- gambarkan ia sebagai “perkara nombor satu dalam senarai wajib sasaran beliau” selepas memenangi kejuaraan sulung Grand Slam di Terbuka Perancis tahun lepas.

Di Liege, juara dua kali, Perancis mendahului Belgium 2-0

Caroline Garcia, yang kembali ke dalam skuad Perancis buat kali pertama dalam tempoh dua tahun selepas tidak sehaluan dengan rakan sepasukan selepas final 2016, mengutip mata pertama apabila menewaskan Alison Van Uytvanck 7-6(7/2), 4-6 dan 6-2.

“Ada sedikit tekanan dan debaran,” akui Garcia, pemain nombor satu Perancis itu.

“Tetapi ia adalah perkara yang sama seperti kali terakhir saya dalam skuad ini – tiada sebarang perbezaan.”

Alize Cornet menjadikan kedudukan 2- 0 apabila menewaskan pemain nombor satu Belgium, Elise Mertens 7-6(8/6) dan 6-2.

Ia juga kemenangan pertama Cornet dalam pertanding­an ini sejak lima tahun.

Belarus, naib juara 2017, juga mendahului Jerma n 2-0 di Braunschwe­ig selepas kemenangan mudah untuk Aliaksandr­a Sasnovich dan Aryna Sabalenka.

Sasnovich menewaskan Tatjana Maria 7-6(7/3) dan 6-3 sebelum sabalenka menewaskan Andrea Petkovic.

Pemenang perlawanan itu akan bertemu sama ada juara 18 kali, Amerika Syarikat (AS) atau Australia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia