Utusan Borneo (Sarawak)

Napoli terus ‘buntu’, Martinez berikan Inter kemenangan pertama tahun ini

-

Napoli mungkin menamatkan hujung minggu ini dengan ketinggala­n 11 mata di belakang pendahulu Serie A Itali, Juventus, selepas skuad kendalian Carlo Ancelotti mensia-siakan banyak peluang ketika seri tanpa jaringan di Fiorentina Sabtu lepas.

Penjaga gol Fiorentina, Alban Lafont, mempamerka­n aksi cemerlang untuk menafikan cubaan Piotr Zielinski dan Dries Mertens ketika Napoli gagal menjaringk­an sebarang gol di gelanggang lawan untuk perlawanan ketiga berturut-turut.

“Kami tercicir dua lagi mata walaupun kami menyerang dari awal sehingga ke akhir perlawanan,” kata Ancelotti.

“Dalam banyak cara, ia aksi yang memberangs­angkan tetapi kami tidak cukup berbisa di hadapan pintu gol dan terpaksa akur dengan satu mata.” Bagi Fiorentina, ia keputusan seri ke-11 dari 23 perlawanan musim ini. Peluang terbaik mereka hadir selepas rehat apabila rembatan Jordan Veretout ditepis penjaga gol Napoli, Alex Meret.

Inter Milan, di tangga ketiga, kembali di landasan kemenangan apabila menewaskan Parma 1-0 menerusi gol Lautaro Martinez pada minit ke-79.

Radja Nainggolan mengumpan bola kepada Martinez untuk memberikan skuad kendalian Luciano Spalletti gol pertama dan kemenangan liga yang pertama pada tahun ini.

Inter kini sembilan mata di belakang Napoli, dengan Roma di tangga keempat dan Lazio di tangga kelima selepas masing- masing menang ke atas Chievo dan Empoli pada awal minggu.

Juventus boleh menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan dua angka jika menewaskan Sassuolo pada perlawanan lewat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia