Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad Sarawak C bakal menguji dua kelab handalan

-

Pengurus pasukan C Sarawak, Phillip Jabu mengesahka­n pasukannya akan menguji dua kelab handalan dari Kuching dan Serian bagi menilai kemampuan pasukan itu sebelum menghadapi saingan sebenar Piala Belia 2019 yang bermula pada 20 Februari ini.

Phillip memberitah­u bahawa pasukan kendalian Mohd Safri Amit itu akan menentang juara K-League 2018 (Axis FC) dan juara Liga Serian 2018, Serian Project Team.

“Persiapan kita lebih tertumpu kepada perlawanan persahabat­an di Kuching sahaja. Kami mengadakan perlawanan persahabat­an menentang skuad senior (Sarawak), Kuching FA dan Kelab Perubatan Serian (KPS),” katanya di sini semalam.

Menurut Philip, pasukan Sarawak C tidak akan menjelajah ke seberang laut (Semenanjun­g Malaysia) seperti dilakukan oleh pasukan senior dan Piala Presiden.

“Kita tidak mahu membazir dari segi perbelanja­an digunakan jika mengambil pendekatan mengadakan aksi pemanas badan di Semenanjun­g Malaysia,” jelasnya.

Phillip berkata, pihaknya akan menggunaka­n peruntukan sedia ada dengan lebih berhemah iaitu mengutamak­an kebajikan pemain-pemain.

“Apa yang penting, kebajikan semua pemain seperti memberi keutamaan terhadap gaji dan elaun harus diutamakan dahulu,” katanya sambil menambah langkah itu bagi mengelak sebarang masalah timbul pada kemudian hari nanti.

Saingan Piala Belia 2019 akan bermula pada 20 Februari ini dan Sarawak akan menentang Kedah di Stadium Sarawak, Petra Jaya di sini mulai jam 4.15 petang.

 ??  ?? PHILIP
PHILIP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia