Utusan Borneo (Sarawak)

30 peserta sertai program ‘Raja Panah Friendly Game’

-

Seramai 30 peserta berusia 18 hingga 55 tahun menyertai program ‘Raja Panah Friendly Game’ yang diadakan di Kaki Bukit Siol, Jalan Samariang di sini semalam.

Program anjuran Kelab Raja Panah Kuching itu bermula jam 8 pagi hingga 1 petang dan terbahagi kepada tiga kategori iaitu ‘Compund Bow’, ‘Recurve Bow’ dan ‘Traditiona­l Bow’.

Program itu bagi menggalakk­an lebih ramai pemanah baharu terutamany­a di kawasan Kuching terlibat dalam sukan itu.

Selain itu, ia juga bagi mengeratka­n silaturahi­m dan memperkena­l sukan memanah kalangan masyarakat khususnya golongan belia.

Antara peserta menyertain­ya adalah terdiri Kelab Members Raja Panah Sebuyau, Archery Club, KASIBA Archery Club dan pasukan Ukhuwah Archery.

Setiap pemenang untuk tiga kategori masing-masing menerima hadiah berupa pingat dan cendaramat­a yang disampaika­n oleh Presidenny­a, Mohd Azmizam Jamal dan Naib Presiden Kelab Raja Panah Kuching, Suhaimi Bujang.

Mereka yang memenangi ‘Raja Panah Friendly Game’ untuk kategori ‘Compund Bow’ ialah Mohd Azmizam untuk tempat pertama, Razali (tempat kedua) dan Mohd Azaman (tempat ketiga).

Kategori Recurve Bow dimenangi oleh Wan Yunus menduduki tempat pertama, Wan Salman (tempat kedua) Irman Mohamad (tempat ketiga) dan Faizal Saari (tempat keempat).

Manakala kategori Traditiona­l Bow dimenangi oleh Khairu Reza untuk tempat pertama Azhar Azahari (tempat kedua) Nor Ashikin (tempat ketiga) dan Abdul Kareem (tempat keempat).

 ??  ?? TAHNIAH: Mohd Azmizam menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang program ‘Raja Panah Friendly Game’ di Kuch ing, semalam.
TAHNIAH: Mohd Azmizam menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang program ‘Raja Panah Friendly Game’ di Kuch ing, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia