Utusan Borneo (Sarawak)

Pink akan diberi pengiktira­fan di Anugerah BRIT

-

Co, menyiarkan majlis Anugerah Oscar menerusi televisyen setiap tahun dan terbabit dalam merancang siarannya.

Pelawak Kevin Hart pada Disember lalu menarik diri daripada menjadi hos Anugerah Oscar selepas tweet homofobia pada masa lalu muncul semula.

Tiada pengganti diumumkan tetapi tiada kenyataan rasmi dikeluarka­n mengenai bagaimana majlis itu akan berlangsun­g.

Majlis Anugerah Oscar pernah berlangsun­g tanpa hos hanya sekali sahaja sebelum ini dalam Televisyen di bandar pinggir Los Angeles, Pasadena.

Dia berkata ‘Academy of Motion Picture Arts and Sciences’, yang menganjurk­an Anugerah oscar, berjanji kepada ABC pada tahun lepas untuk membataska­n siaran kepada tiga jam – kirakira 30 minit lebih pendek berbanding pada beberapa tahun sebelum ini.

“Jadi para penerbit, saya rasa, membuat keputusan dengan bijaksana untuk tidak menggunaka­n hos dan kembali kepada penyampai dan filem sebagai bintang-bintang,” kata Burke.

Hos Anugerah Oscar menurut tradisi membuka majlis dengan monolog lawak yang memberi tumpuan kepada selebriti, keadaan industri perfileman selain isu-isu kebudayaan dan politik.

Dia menambah, spekulasi mengenai keadaan majlis itu adalah tanda yang menggalakk­an bahawa Anugerah Oscar masih relevan.

Audiens sudah menurun sejak beberapa tahun lalu dengan majlis pada 2018 yang menarik sekadar 26.5 juta penonton, jumlah paling kecil dalam sejarahnya.

“Saya mendapati keadaan yang tidak jelas di sekitar Anugerah Oscar telah mengekalka­n Anugerah Oscar dalam perbualan dan misteri itu benar-benar menarik. Orang sebenarnya mengambil berat,” katanya.

Drama Mexico ‘Roma’ dan komedi sejarah Britain ‘The Favourite’ mendahului pencalonan Oscar masing-masing dengan 10 pencalonan.

Burke berkata tiga calon filem terbaik lain – ‘Black Panther’ terbitan Disney, ‘A Star is Born’ terbitan Warner Bros, dan filem muzikal terbitan 21st Century Fox ‘Bohemian Rhapsody’ – masing-msing mengaut lebih AS$200 juta di ‘box office’ Amerika Utara sahaja.

“Saya rasa kita akan melihat ramai orang datang untuk ini kerana ini adalah filemfilem besar dan popular yang telah dicalonkan,” katanya.

— Reuters BINTANG pop Pink akan menerima Anugerah Sumbangan Cemerlang kepada Muzik di Anugerah BRIT pada tahun ini, kata penganjur penganuger­ahan muzik pop di Britain barubaru ini, dan memilih penyanyi-penulis lagu Amerika itu sebagai artis antarabang­sa pertama untuk menerima hadiah tersebut.

Pemenang Anugerah Grammy itu, yang terkenal dengan lagu-lagu hit yang menduduki tempat teratas carta seperti ‘Raise Your Glass’, ‘Just Like a Pill’ dan ‘What About Us’ sejak dia mengeluark­an album sulungnya pada 2000, menyertai legenda seperti David Bowie, Elton John, Queen dan Spice Girls sebagai penerima anugerah itu.

“Sejak karier saya bermula, peminat British merupakan antara yang paling tegar dan setia di dunia,” Pink menyebut dalam satu kenyataan. “Saya rasa terharu untuk menerima penghormat­an ini dan berada dalam lingkungan sekumpulan ikon British yang ternama.” Pink, yang menjual lebih 40 juta album di seluruh dunia, juga akan menutup pertunjuka­n di acara pada 20 Februari itu, yang akan diadakan di London.

Tiga penyanyi, Anne-Marie, Dua Lipa dan Jess Glynne merupakan antara calon-calon untuk anugerah pada tahun ini. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? OSCAR TANPA HOS: Calon-calon filem terbaik Oscar untuk Anugerah Akademi ke-91 (atas, dari kiri) Chadwick Boseman mewakili ‘Black Panther’, Lady Gaga ‘A Star is Born’, John David Washington ‘BlacKkKlan­sman’, Christian Bale ‘Vice’, (bawah, dari kiri) Yalitza Aparicio ‘Roma’, Mahershala Ali ‘Green Book’, Rami Malek ‘Bohemain Rhapsody’ dan Olivia Colman ‘The Favourite’.
— Gambar Reuters OSCAR TANPA HOS: Calon-calon filem terbaik Oscar untuk Anugerah Akademi ke-91 (atas, dari kiri) Chadwick Boseman mewakili ‘Black Panther’, Lady Gaga ‘A Star is Born’, John David Washington ‘BlacKkKlan­sman’, Christian Bale ‘Vice’, (bawah, dari kiri) Yalitza Aparicio ‘Roma’, Mahershala Ali ‘Green Book’, Rami Malek ‘Bohemain Rhapsody’ dan Olivia Colman ‘The Favourite’.
 ??  ??
 ??  ?? KEVIN HART
KEVIN HART

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia