Utusan Borneo (Sarawak)

Janna Nick cabar diri jadi askar dalam Leftenan Zana

-

MENAMPILKA­N Janna Nick sebagai seorang tentera, saksikan drama terbaharu terbitan JS Pictures Sdn. Bhd iaitu ‘Leftenan Zana’ setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di TV3 mulai 8 Februari lepas.

Drama arahan Azman Hj. Yahaya ini mengisahka­n mengenai impian Zana (Janna Nick) yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi citacitany­a itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat (Hairie Othman).

Sejak kecil, Zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggaka­n dia ingin menjadi seorang askar seperti Rahmat.

Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarka­n Zana untuk menyertai bidang ketenteraa­n. Rahmat lebih mengharapk­an Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat.

Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di Melaka.

Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah.

Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana. Ujian Zana bermula dan ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar.

Selain Sarjan Qamar (Sheila Rusly) yang menggerunk­an, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental.

Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz (Tunku Hanis) yang membenciny­a. Sehinggala­h suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem. Adakah Zana akan terus berputus asa dan akhirnya mengaku kalah pada bapanya?

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia