Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pemimpin Habsyah nafi cetuskan keganasan kaum

-

Seorang bekas pentadbir di Habsyah mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencetuska­n keganasan kaum termasuk memenggal kepala, penyeksaan dan rogol beramai-ramai di wilayah timur negara itu.

Abdi Mohammed Omer yang bertanggun­gjawab men- jadi pentadbir selama lebih sedekad di wilayah timur yang kaya dengan gas itu, adalah antara 47 pegawai yang dituduh mencetuska­n keganasan mengorbank­an 58 nyawa serta mencederak­an lebih 260 orang di Jijiga Ogos tahun lepas.

Minggu lalu, Abdi dan lima pegawai lain didakwa terlibat secara langsung menghasut kaum Somali untuk melancarka­n serangan ke atas etnik bukan Somali.

Ketika hadir di mahkamah bersama lima suspek lain pada Rabu, Abdi menyifatka­n tuduhan ke atasnya satu pembohonga­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia