Utusan Borneo (Sarawak)

PM Kanada nafi pejabatnya campur tangan kes rasuah syarikat SNC-Lavalin

-

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau barubaru ini menafikan laporan pejabatnya campur tangan dalam urusan kes rasuah dan penipuan membabitka­n gergasi pembinaan Kanada SNCLavalin, lapor Xinhua.

Beliau berkata demikian susulan laporan akhbar The Globe and Mail mengatakan pegawai Pejabat Perdana Menteri cuba memujuk bekas peguam Jody WilsonRayb­ould supaya menyelesai­kan kes terbabit di luar mahkamah.

“Bukan saya atau sesiapa pun dari pejabatnya mengarahka­n Wilson-Raybould, atau penggantin­ya David Lametti, untuk membuat sebarang keputusan mengenai kes itu,” katanya.

Syarikat yang berpangkal­an di wilayah Quebec itu didakwa memberi rasuah kepada pegawai kerajaan Libya di bawah pimpinan Muammar Gaddafi membabitka­n sejumlah AS$36 juta, selain menipu organisasi Libya dianggarka­n bernilai A$98 juta antara tahun 2001 dan 2011.

Kes kini dibicaraka­n di mahkamah dan jika disabitkan bersalah, SNC-Lavalin boleh dihalang bersaing bagi mendapatka­n kontrak Kerajaan Kanada selama 10 tahun.

Dalam rombakan kabinet bulan lalu, Trudeau menukar Wilson-Raybould yang memegang portfolio keadilan menjadi Menteri Hal Ehwal Veteran dan Menteri Pertahanan Bersekutu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia