Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Selatan, AS meterai perjanjian pembahagia­n kos pertahanan

-

Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memeterai perjanjian mengena pembahagia­n kos pertahanan awal hujung minggu ini lapor agensi berita Yonhap memetik sumber diplomatik kelmarin.

Majlis menandatan­gan perjanjian itu diadakan d Seoul semalam, diketuai dua perunding utama Chang Won Sam dan Timothy Betts.

Kedua-dua pihak baru-baru ini mencapai persetujua­n mengenai perkara itu selepas melalui 10 pusingan rundingan tahun lepas.

Persetujua­n itu sekali gus memecah kebuntuan menjelang sidang kemuncak kedua antara Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un d Vietnam pada 27 hingga 28 Februari.

Seoul dilaporkan merancang menambah sumbangann­ya kira-kira 1 trilion won ( AS$ 890 juta) pada 2019 Perjanjian itu untuk tempoh setahun.

Di bawah perjanjian 2014 Korea Selatan menyumbang sejumlah 960 bilion won (AS$ 854.43 juta) untuk operas Angkatan Tentera AS Korea (USFK) dan ia tamat penghujung tahun lepas.

Persetujua­n dicapai antara pentadbira­n Trump dengan Korea Selatan itu dilihat sebagai perintis ke arah tawarmenaw­ar dengan sekutu lain termasuk Jepun.

Korea Selatan berkongsi kos kewangan untuk USFK sejak awal 1990-an.

Dana terbabit digunakan bag menampung upah pekerja Korea Selatan di pangkalan USFK projek pembinaan dan sokongan logistik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia