Utusan Borneo (Sarawak)

Empat maut dalam nahas kenderaan berperisai PBB di Haiti

-

PORT- AU- PRINCE: Satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan berperisai Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu ( PBB) mengorbank­an empat orang dan mencederak­an sembilan orang lagi di Port- au- Prince kelmarin, menurut kepada pihak polis dan PBB.

Kenderaan milik Misi PBB bagi Sokongan Kehakiman di Haiti ( MINUJUSTH) mengalami masalah brek tidak berfungsi ketika memandu di ibu negara dan bertembung dengan sebuah teksi kolektif, dikenali sebagai ‘ tap- tap’, menurut beberapa saksi.

Satu siasatan sedang dilakukan bagi menentukan punca sebenar kemalangan ini.

“Empat penumpang ‘taptap’ telah terkorban dan be- berapa orang lagi tercedera dalam kemalangan itu,” kata jurucakap polis Gary Desrosiers.

Dua anggota polis MINUJUSTH dan seorang anggota polis Haiti antara mereka yang tercedera, menurut Desrosiers.

MINUJUSH menyatakan angka sebenar sebagai empat orang terkorban dan sembilan orang tercedera, di antara mereka seorang rakyat Hait dan lapan anggota polis PBB.

MINUJUSTH yang sekarang termasuk 995 anggota polis, telah dikerahkan ke Haiti pada Oktober 2017 untuk menggantik­an satu lagi mis PBB yang dibentuk pada 2004 selepas kejatuhan presiden Jean-Bertrand Aristide.

Mandat misi tersebut dijadualka­n tamat pada Oktober depan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MISI SUKAR: Sebuah kenderaan berperisai MINUJUSTH melintasi sekatan berapi semasa menangani protes antikeraja­an di Port-au Prince, kelmarin.
— Gambar Reuters MISI SUKAR: Sebuah kenderaan berperisai MINUJUSTH melintasi sekatan berapi semasa menangani protes antikeraja­an di Port-au Prince, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia