Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera penentang Libya sasar medan minyak

-

Satu pasukan diketuai oleh pemimpin tentera Libya Khalifa Haftar menyatakan kelmarin ia telah melakukan satu serangan udara amaran berhampira­n sebuah loji minyak di selatan negara.

Tentera Negara Libya (LNA)pimpinan Haftar menyasarka­n loji minyak Al-Fil 750 kilometer di barat daya Tripoli, di mana sebuah pesawat awam telah bersedia untuk berlepas ke ibu negara.

Media pro-LNA memetik pegawai tentera menyatakan ia adalah ‘serangan amaran’ yang tidak menyebabka­n sebarang kerosakan.

Namun kerajaan bersatu yang disokong PBB di negara ini menyatakan pesawat itu membawa penduduk yang tercedera dan mengecam serangan itu sebagai tindakan pengganas dan jenayah terha- dap kemanusiaa­n.

Ia tidak memberikan maklumat lanjut mengenai identiti mereka yang berada di dalamnya.

Pihak pentadbira­n yang berpusat di Tripoli menyatakan ia akan memaklumka­n Majlis Keselamata­n PBB mengenai pencabulan teruk undangunda­ng antarabang­sa.

Haftar, yang mana pasukan tenteranya telah mengawal sebahagian besar di timur Libya, menyokong pentadbira­n lawan.

Pasukan tenteranya pada pertengaha­n Januari mengumumka­n permulaan serangan bertujuan untuk menyingkir bahagian selatan daripada pengganas dan kumpulan pemberonta­k dari Chad.

Ia memberikan amaran pada awal minggu ini bahawa sebarang pendaratan atau per- lepasan dari lapangan terbang di selatan telah diharamkan tanpa kebenarann­ya.

LNA menyatakan pada Rabu lepas ia telah merampas salah satu loji minyak paling besar di negara ini, kira-kira 900 kilometer di selatan Tripoli, tanpa sebarang pertelingk­ahan.

Loji Al- Sharara ditutup selama hampir dua bulan oleh kumpulan bersenjata, yang mengadu mengenai marginalis­asi kerajaan perpaduan berpusat di Tripoli di Libya.

Serangan LNA telah mencetuska­n ketegangan politik dan etnik di wilayah yang disingkirk­an, ditandakan dengan perjuangan berdarah sejak kejatuhan dan pembunuhan Muammar Ghaddafi ketika kebangkita­n yang disokong NATO pada 2011. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia