Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan KLCI dijangka diniagakan dalam jajaran ketat

-

Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dalam jajaran ketat minggu ini apabila hala tuju pasaran akan ditentukan kebanyakan­nya oleh faktor luaran.

Seorang peniaga berkata faktor luaran akan terus menjadi tumpuan utama apabila isu-isu yang menyelubun­gi rundingan perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China sentiasa menjadi sumber ketidaksta­bilan pasaran.

Selain itu, pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping mungkin tidak akan berlaku sebelum tarikh akhir rundingan perdaganga­n pada 1 Mac.

Bagi asas Jumaat ke Khamis, kontrak Februari 2019 turun 6.0 mata kepada 1,683, Mac 2019 jatuh 14.0 mata kepada 1,678, Jun 2019 susut 17.5 mata kepada 1,670 dan September 2019 berkuranga­n 17.0 mata kepada 1,662.

Jumlah dagangan bag minggu yang baru berakhir ini turun kepada 13,156 lot daripada 66,805 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka berkuranga­n kepada 25,777 kontrak daripada 42,374 kontrak.

FBM KLCI turun 6.87 mata kepada 1,686.52 pada Jumaat daripada 1,683.53 pada Khamis minggu sebelumnya

Pasaran ditutup pada 5 dan 6 Februari sempena perayaan Tahun Baharu Cina. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia