Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan KLIBOR dijangka terus suram

-

Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka terus suram pada minggu ini berikutan kekurangan minat belian, kata peniaga.

Bagi minggu yang baru berakhir, kontrak hadapan KLIBOR tidak diniagakan sepanjang minggu dengan jumlah dagangan dan minat terbuka masing-masing kekal sifar.

Pada Jumaat, kontrak-kontrak Januari 2019, Februari 2019, Mac 2019 dan Jun 2019 masing-masing pada 96.24, 96.22, 96.22 dan 96.22.

Kadar asas KLIBOR tiga bulan juga tidak berubah daripada 3.69 peratus yang dicatat pada minggu sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia