Utusan Borneo (Sarawak)

Dana asing RM138.6 juta masuki pasaran ekuiti

Aliran dana asing itu dicatatkan walaupun dalam persekitar­an faktor luaran yang tidak menentu: Pakar Ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Pelabur asing merupakan pembeli bersih dalam pasaran ekuiti Malaysia apabila menyuntik sejumlah RM138.6 juta bagi tempoh Isnin hingga Khamis lalu berbanding RM146.8 juta pada minggu sebelumnya.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata aliran dana asing itu dicatatkan walaupun dalam persekitar­an faktor luaran yang tidak menentu.

“Jangkaan bahawa Kadar Dana Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat ( AS) mencecah kemuncak pada 2.50 peratus berkemungk­inan besar telah mendorong kemasukan dana asing untuk meninjau aset pasaran negara sedang pesat membangun.

“Prospek pertumbuha­n global juga ternyata agak lemah berdasarka­n Indeks Pengurus Pembelian Global ( PMI) baru- baru ini bagi sektor pembuatan yang susut kepada 50.7 mata pada Januari berbanding 51.5 mata pada Disember 2018,” katanya kepada Bernama.

Namun, Mohd Afzanizam berkata pasaran tenaga kerja AS terbukti kukuh berdasarka­n pengumuman data Penggajian Bukan Perladanga­n bagi Januari serta upah lebih tinggi yang turut melangkaui jangkaan awal.

Malah, perkembang­an itu, katanya, dijangka menggalakk­an pihak Rizab Persekutua­n AS ( Fed) untuk meneruskan usaha memperketa­t aspek monetari apabila kadar inflasi terus meningkat.

“Jikaituber­laku,inimungkin memberi kesan kepada aliran modal dan pasaran mata wang,” katanya.

Sementara itu, penganalis­is MIDF Research Adam M Rahim berkata Januari 2019 menyaksika­n aliran masuk bersih asing sebanyak RM1.03 bilion iaitu aliran masuk bulanan pertama sejak September tahun lepas.

Menurutnya, peningkata­n purata nilai dagangan harian (ADTV) mingguan sebanyak 21 peratus ke paras melebihi RM1 bilion bagi minggu kedua berturut- turut, juga amat ketara membabitka­n pelabur asing.

Bagi tempoh minggu yang baru berakhir ini juga tidak menyaksika­n sebarang pengumuman penting korporat manakala pasaran tempatan ditutup selama dua hari pada 5-6 Feb lepas bersempena cuti Tahun Baharu Cina.

Pada Jumaat, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri dagangan dengan menokok 2.99 mata kepada 1,686.52 berbanding 1,683.53 pada Khamis lepas.

Pasaran tempatan juga ditutup pada 1 Februari lepas bersempena cuti Hari Wilayah Persekutua­n.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Malaysia, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan pula berpendapa­t peningkata­n kecil aliran dana asing itu menunjukka­n Malaysia berada dalam kedudukan untuk seiring dengan negara lain seperti Indonesia, Filipina dan Thailand.

S e n t i m e n p a s a r a n bagaimanap­un, kekal berhatihat­i berikutan kebimbanga­n terhadap cabaran akibat pertikaian dagangan ASChina yang berlanjuta­n serta pertumbuha­n global.

“K e r a j a a n p e r l u menggalakk­an penyertaan lebih ramai pelabur asing dalam usaha menyuntik dana asing ke dalam negara ini,” katanya.

Pada 8 Februari lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pelabur antarabang­sa kini yakin dengan potensi ekonomi Malaysia selain faktor keupayaan kerajaan memacu kemajuan ekonomi.

Menurutnya, Malaysia juga kekal sebagai destinasi pelaburan menarik bagi pelabur selain komitmen kerajaan terhadap aspek p r i n s i p k e c e k a p a n , kebertangg­ungjawaban dan ketelusan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lim turut mengetuai satu delegasi kementeria­n dalam jelajah tiga hari bermula 6 Februari lepas ke Jepun untuk menemui pelabur dan pegawai negara itu bersempena penerbitan bon Samurai.

Selain itu, mengulas prestasi ringgit, Nazri Khan berkata unit tempatan itu dijangka diniagakan pada kadar lebih tinggi minggu ini iaitu 4.00 berbanding dolar AS yang dipacu oleh aktiviti belian sederhana.

“Kami berpendapa­t ringgit akan mengukuh sedikit berikutan jangkaan bahawa dolar AS akan terus susut pada minggu depan (minggu ini),” katanya.

Pada Jumaat, ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan iaitu 4.0670/0720 berbanding dolar AS iaitu paras yang kali terakhir dicatatkan pada 20 Julai 2018 apabila mencecah 4.0600/0630. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERJIWA RAKYAT: Mohd Shafie menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan Sekolah Menengah Tinggi Cina anjuran DAP Sri Tanjung, kelmarin.
— Gambar Bernama BERJIWA RAKYAT: Mohd Shafie menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan Sekolah Menengah Tinggi Cina anjuran DAP Sri Tanjung, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia