Utusan Borneo (Sarawak)

Perak anjur rumah terbuka di LWOT 19 Feb

-

Kerajaan Perak bakal menganjurk­an Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat negeri di taman tema air Lost World Of Tambun (LWOT), di Ipoh, pada 19 Feb depan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata orang ramai boleh masuk secara percuma bermula jam 2 hingga 5 petang untuk merasai pengalaman meraikan sambutan perayaan berkenaan di salah satu taman tema air terkenal di negara ini.

Katanya tarikh tersebut dipilih bersempena hari Chap Goh Meh yang disambut sebagai menandakan berakhirny­a perayaan Tahun Baharu Cina.

“Saya mengajak semua rakyat tidak kira bangsa, kaum dan agama supaya datang beramairam­ai datang sambil meraikan Tahun Baharu Cina anda semua boleh mandi manda dan melihat binatang-binatang yang terdapat di taman tema tersebut. Kita akan kasi makan minum, limau mandarin dan angpau,” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian dalam ucapan semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar Leong Cheok Keng di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mambang Diawan di sin malam kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia