Utusan Borneo (Sarawak)

RA dan KRT diseru tidak halang polis jalankan rondaan

-

Jawatankua­sa Penduduk (RA) dan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) diseru agar tidak menghalang tugasan pihak polis dalam melakukan rondaan dan tugasan pencegahan jenayah di kawasan kediaman, termasuk bagi kediaman berpagar dan dikawal pasukan keselamata­n.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Risikin Satiman berkata adalah menjadi satu kesalahan sekiranya anggota polis tidak dibenarkan melakukan tugasan mereka dan mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undangunda­ng kerana menghalang penjawat awam melakukan tugasan.

Menurutnya, sebelum ini terdapat dua kawasan kediaman elit di daerah berkenaan yang tidak membenarka­n pasukan kereta peronda (MPV) dan unit rondaan bermotosik­al (URB) melakukan rondaan, tanpa sebarang alasan diberikan.

“Perkara sebegini tidak boleh berlaku dan ia tidak boleh dipandang enteng oleh penduduk demi mengelak apa jua kejadian jenayah daripada berlaku.

Tambahan, tugasan rondaan yang dilakukan in berterusan dan secara berkala selain memantau mana-mana kediaman yang penghuniny­a tiada di rumah,” katanya kepada pemberita selepas ses pertemuan dengan penduduk di KRT USJ 9, di sini malam kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia