Utusan Borneo (Sarawak)

Isu permit projek ladang hutan 400 hektar, MB akan semak kesahihan

-

Kerajaan negeri akan menyemak kesahihan surat kelulusan permit projek pembanguna­n ladang hutan seluas 400 hektar di dua lokasi di negeri ini yang tular sejak kelmarin.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau tidak mengetahui cerita sebenar mengenai status permit yang bertarikh 14 Dis 2018 melibatkan projek pembanguna­n ladang hutan dalam Hutan Simpan Kledang Saiong dan Hutan Simpan Bukit Kinta Daerah Hutan Kinta Manjung.

“...saya tak tahu hujung pangkal jadi saya tidak boleh nak cakap. Saya kena periksa dengan Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Perhutanan, benda-benda macam ini saya perlu periksa betul-betul dahulu.

“Ada yang kata hutan digazet itu saya yang buat, ada yang kata (dari) 2015, biar saya periksa dahulu,” katanya selepas merasmikan Majlis Lou Sang Terpanjang di Perak anjuran Marina Island Pangkor Resort and Hotel di sini kelmarin.

Seramai 2,000 orang daripada pelbagai kaum termasuk pengunjung dari luar negara menyertai majlis lou sang sepanjang 60 meter itu.

Tular sepucuk surat di media sosial yang mendakwa Kerajaan Negeri Perak, melalui Mesyuarat Jawatankua­sa Sumber Hasil Hutan Negeri Perak Bil 2/2018 pada November 2018 telah meluluskan kawasan seluas 400 hektar kepada sebuah syarikat bagi tujuan Projek Pembanguna­n Ladang Hutan.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata pihaknya menyerahka­n kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes penerokaan haram berhampira­n Bukit Kledang di Ipoh, susulan laporan polis yang dibuat oleh Parti Sosial Malaysia (PSM).

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggun­gjawab di sebalik penceroboh­an kawasan cerun bukit itu dan tindakan segera telah diambil untuk mengawal lokasi penceroboh­an.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kita telah mengambil tindakan segera sebaik sahaja penceroboh­an itu didedahkan dengan menutup kawasan itu dan mendapatka­n khidmat Polis Bantuan untuk mengawal lokasi tersebut.

“Fokus kita sekarang ialah untuk memulihkan semula kawasan yang terjejas akibat pen- erokaan haram,” katanya.

PSM kelmarin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh berhubung penerokaan tanah secara haram milik Perbadanan Menter Besar Perak (MB Inc) dan kerajaan negeri berhampira­n Bukit Kledang. — Bernama

 ?? — Gamba Bernama ?? GAUL: Ahmad Faizal (tiga kanan) bersama tetamu menggaul Yee Sang pada Majlis Perasmian Yee Sang Terpanjang di Perak di Marina Island, dekat Lumut, kelmarin. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Negeri Perak, Yong Choo Kiong (dua kanan).
— Gamba Bernama GAUL: Ahmad Faizal (tiga kanan) bersama tetamu menggaul Yee Sang pada Majlis Perasmian Yee Sang Terpanjang di Perak di Marina Island, dekat Lumut, kelmarin. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Negeri Perak, Yong Choo Kiong (dua kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia