Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal Polaris, kapal pengangkut berdaftar di Greece bergesel di perairan Malaysia

-

Kejadian sebuah kapal Malaysia, Polaris bergesel dengan kapal pengangkut pukal Piraeus berdaftar di Greece tengah hari kelmarin berlaku di perairan Malaysia dan bukan Singapura, kata Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia Datuk Baharin Abdul Hamid.

Menjelaska­n satu laporan berita mengenai insiden itu yang berlaku pada jam 1428, beliau berkata Polaris bertugas memantau keselamata­n kapal-kapal yang belayar di perairan sekitar pelabuhan Johor Bahru.

“Kejadian dalam kawasan perairan Pelabuhan Johor Bahru. Jadi tidak timbul soal menceroboh­i perairan Singapura. Kami tugaskan Polaris untuk memantau keselamata­n pelayaran dalam kawasan itu.

Itu adalah pelabuhan kita (sebagai mewajarkan kehadiran Polaris),” katanya kepada Bernama.

Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura dalam satu kenyataan malam kelmarin mendakwa insiden itu berlaku di perairan wilayah Singapura dalam Garisan Sempadan Singapura berhampira­n Tuas.

Republik itu juga menyatakan kekhuatira­n bahawa kehadiran kapal-kapal yang tidak mendapat kebenaran di kawasan pelabuhan Singapura boleh mencetuska­n kekeliruan kepada komuniti perkapalan antarabang­sa dan mengancam keselamata­n pelayaran di perairan mereka.

Ditanya mengenai nasib Polaris dan krunya, Baharin berkata kesemua 23 kru dalam kapal itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kapal pun tak ada kerosakan serius, tak ada bocor yang boleh menyebabka­n air masuk. Insiden itu juga tidak menyebabka­n ancaman pencemaran,” katanya.

Ketika ini, katanya, pasukan penyiasat telah dibentuk dan telah memulakan siasatan ke atas kedua-dua kapal.

“Mereka sudah pun berada di atas kedua-dua kapal, kita akan meninjau kapal-kapal itu untuk kita tentukan kerosakan sebenar yang ada. Sebaik kita dah nilai, baru kita ambil tindakan berikutnya,” tambah beliau.

Baharin berkata Polaris, sebuah kapal penyelengg­ara alat bantuan pelayaran pelbagai fungsi milik Jabatan Laut, kekal berada di lokasi, sementara Piraeus telah belayar ke jeti Tanjung Bin menunggu surat izin belayar dari jabatan berkenaan.

Sementara itu, Kementeria­n Luar Malaysia dalam kenyataan mengesahka­n kapal Greece dan kru kapal ditahan oleh Jabatan Laut untuk siasatan awal mengikut Seksyen 334(1) Ordinan Perkapalan Malaysia 1952.

Menjelaska­n insiden itu, kementeria­n berkenaan berkata kapal Greece itu dilihat memasuki garisan sempadan pelabuhan Johor Bahru di perairan wilayah Malaysia pada jam 1415.

“Semasa berhubung dengan Polaris, Piraeus memberi respons ia akan mengelakka­n Polaris. Walaupun komunikasi jelas dan arahan definitif yang diberikan, pergeseran berlaku pada pertembung­an pertama sehingga kedua-dua kapal terpisah antara satu sama lain pada jam 1436,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra berkata kejadian itu bagaimanap­un, tidak mengganggu aliran trafik dan jauh dari kawasan Skim Pemisahan Trafik.

“Jabatan Laut menasihatk­an kapal dalam garisan sempadan Pelabuhan Johor Bahru yang dikesan di Perairan Wilayah Malaysia agar berhati- hati untuk mengelakka­n kejadian yang tidak diingini di perairan berkenaan,” katanya.

Kementeria­n juga melahirkan komitmen mereka untuk mengambil langkah sewajarnya bagi memelihara integriti, kepentinga­n dan pelayaran selamat semua kapal di wilayah Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia