Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan Sabah mahu maklumat terperinci rakyat Malaysia ditahan di Kemboja

Biasanya Kementeria­n Luar akan berkomunik­asi dengan rakan sejawatan di sana: Shafie

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah akan mendapatka­n butiran dan maklumat terperinci daripada Kementeria­n Luar berhubung isu penahanan rakyat Malaysia yang sebahagian daripadany­a berasal dari Sabah di Poi Pet, Bantey Meanchey, Kemboja.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ini termasuk mendapatka­n maklumat lanjut mengenai punca dan alasan individu terbabit ditahan, dan setakat ini, kerajaan negeri masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara itu.

“Kerajaan negeri perlu mendapatka­n butiran dan maklumat terperinci tentang mengapa mereka ditahan dan apa sebabnya, kita akan mendapatka­n maklumat itu terlebih dahulu, dan jika ada keperluan untuk bantuan, sudah pasti (bantuan akan diberikan) kerana mereka adalah orang Sabah.

“Amalan biasa kita lakukan ialah kita akan meminta Kementeria­n Luar untuk berkomunik­asi dengan rakan sejawatan mereka (di Kemboja) mengenai bagaimana kita boleh memastikan semua individu terlibat boleh kembali dengan selamat (ke Malaysia),” katanya.

Mohd Shafie berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu itu selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Sepanggar, di sini semalam.

Pada 7 Feb, Kementeria­n Luar mengesahka­n laporan berhubung penahanan 47 rakyat Malaysia di Poi Pet, Bantey Meanchey, Kemboja sejak 11 Dis 2018 atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalanka­n aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

Penahanan itu hanya dimaklumka­n secara lisan oleh polis Bantey Meanchey pada 28 Dis 2018, dan susulan itu, pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh membuat lawatan konsular untuk bertemu tahanan bagi memastikan kesejahter­aan mereka selepas menerima maklumat terperinci dan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

Berdasarka­n laporan berita sebelum ini, sebahagian besar individu ditahan dikenal pasti berasal dari Sabah dan Sarawak yang pergi ke Kemboja untuk mencari pekerjaan dan pemergian mereka ke negara berkenaan dikendalik­an oleh sebuah agensi pekerjaan.

Sementara itu, Mohd Shafie ketika berucap berkata, kerajaan negeri mahu kerjasama antara semua kaum di Sabah diperkasa dan dipertahan­kan bagi terus mengekalka­n keharmonia­n serta perpaduan rakyat selain memastikan pembanguna­n negeri lebih mampan.

Beliau juga memberi jaminan kerajaan negeri akan terus komited memastikan kemajuan Sabah yang seimbang supaya semua rakyat termasuk di kawasan pedalaman boleh turut sama merasa semua aspek pembanguna­n seperti pendidikan dan infrastruk­tur.

“Kita perlu berkongsi segala pembanguna­n yang ada d Sabah demi kemakmuran rakyat. Saya juga berharap masyarakat Tionghoa di Sabah dapat memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan meningkatk­an pembanguna­n infrastruk­tur terutama di daerah terpencil,” katanya — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Mohd Shafie bersalaman dengan orang ramai ketika tiba menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Sepanggal di Kolombong, semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Mohd Shafie bersalaman dengan orang ramai ketika tiba menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Sepanggal di Kolombong, semalam.
 ??  ?? PROGRAM AMAL: Rombongan Big Brothers Bikers Sandakan menyampaik­an sumbangan kepada penjaga PPRASN.
PROGRAM AMAL: Rombongan Big Brothers Bikers Sandakan menyampaik­an sumbangan kepada penjaga PPRASN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia