Utusan Borneo (Sarawak)

Polis KK tahan 13 individu dalam operasi pencegahan jenayah

-

Polis menahan 13 individu termasuk dua wanita dalam operasi pencegahan jenayah selama tujuh jam bermula 9 pagi di sekitar bandar raya ini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata 11 daripada mereka termasuk dua wanita terbabit ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes dadah sementara dua lagi kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Mereka yang berusia 14 hingga 60 tahun itu ditahan di kawasan Kampung Bakau, Likas dan Kawasan Lembaga Padi di Inanam, katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya polis turut merampas dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM1,600.

Usaha membantera­s pengedaran dan penagihan dadah di daerah ini akan terus diperhebat bagi meningkatk­an kesejahter­aan dan ketenteram­an awam, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia