Utusan Borneo (Sarawak)

Program Amal Big Brothers Bikers Sandakan kunjungi PPRASN

-

Big Brother Bikers Sandakan menerusi program amal mereka telah mengunjung­i Pertubuhan Pengurusan Rumah Amal Selawat Nabi ( PPRASN) Sandakan di Taman Sejati Ujana di sini baru- baru ini.

Program amal itu merupakan aktiviti tahunan mereka dan telah memasuki penganjura­n kali kelapan sejak tahun 2015.

Big Brother Bikers Sandakan dianggotai seramai 49 ahli dan tujuh daripadany­a telah melawat dan beramah mesra dengan warga PPRASN.

Dalam kunjungan itu, Ketua rombongan, Husny Saharon turut menyampaik­an sumbangan kepada penjaga rumah kebajikan berkenaan.

Objektif program adalah untuk membantu mereka yang memerlukan seperti anakanak yatim dan golongan asnaf sekali gus memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentinga­n menyalurka­n bantuan kepada golongan seumpama.

Dalam masa yang sama, program itu mampu mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara ahli bikers Sandakan dengan masyarakat setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia