Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS lihat potensi perbanyak program bersama Thaksin University

-

Malaysia Sarawak (UNIMAS) melihat potensi untuk mengadakan lebih banyak program dan aktiviti hasil pemeterian Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Thaksin University, Selatan Thailand baru-baru ini.

Bagaimanap­un, menurut Naib Dekan Fakulti Kajian dan Pasca Siswazah Bahasa dan Komunikasi UNIMAS Malia Taibi, setakat ini perkara itu masih lagi di tahap perancanga­n.

“Program ini merupakan kolaborati­f UNIMAS dengan Thaksin University dan mendapat kerjasama Jabatan Muzium Sarawak serta kerajaan negeri.

“Seramai 80 pelajar dan pensyarah dari Thailand, Indonesia, Laos dan pelajar antarabang­sa dari UNIMAS diundang untuk menyertai program ‘treasure hunt’,” katanya ketika ditemui.

Kata beliau, kesemua pelajar berkenaan bukan sahaja menjalinka­n perhubunga­n persahabat­an dengan pelajar UNIMAS bahkan memahami kebudayaan berbilang etnik di Sarawak, tradisi, makanan dan lokasi bersejarah­nya.

Program itu tambahnya, merupakan yang pertama di Sarawak dan Malaysia, ia sebelum ini telah dianjurkan oleh Thaksin University hanya di Thailand.

Pelajar-pelajar berkenaan akan melawat ke Muzium Seni, Muzium Islam, Muzium Tekstil dan Muzium Cina di sekitar kawasan bandar raya Kuching.

Menurutnya lagi, Pengarah Jabatan Muzium telah menyatakan kesudian pihaknya untuk mengadakan program ‘A Night at Gua Niah’ dan banyak lagi bersama pihaknya selepas ini.

Para pelajar dan pensyarah juga dibawa ke Kampung Budaya untuk menyaksika­n secara langsung kehidupan etnik tempatan untuk dipelajari mereka nanti.

Pada masa sama, William Phedra dari Kalimantan, Indonesia, 20, berkata, beliau baharu kali pertama menjejakka­n kaki ke Sarawak.

Beliau berpendapa­t, program tersebut memberi peluang kepada pelajar sepertinya untuk berkawan dan berkomunik­asi dengan rakan dari negara lain dan menambah baik pemahaman bahasa Inggeris selain memahami kebudayaan tempatan.

Bagi Nilai HayeeChewa­e, 19, pelajar jurusan pendidikan (bahasa Inggeris) dari Thaksin University, Thailand, ini merupakan peluang baginya untuk bertukar-tukar maklumat tentang persamaan dan perbezaan adat resam dan tradisi di antara negara-negara pelajar.

“Ia sangat menakjubka­n, kami tahu mengenai program ini daripada pensyarah di universiti kami di Thaksin University , Selatan Thailand,” ujarnya..

Sementara itu, pelajar dari Vientiane, Laos Banlouxay Xaphakdy, 19, berkata, beliau percaya melalui keakraban persahabat­an membolehka­n dirinya mempelajar­i lebih banyak tentang kebudayaan dan tradisi peserta dari negara berbeza.

Turut hadir Pemangku Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Suria Bujang.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para pelajar dari Indonesia, Laos, Thailand dan lain-lain bergambar kenangan bersama Suria (tengah depan) sebelum bermulanya program ‘Treasure Hunt.’ NILAI WILLIAM
UNTUK ALBUM: Para pelajar dari Indonesia, Laos, Thailand dan lain-lain bergambar kenangan bersama Suria (tengah depan) sebelum bermulanya program ‘Treasure Hunt.’ NILAI WILLIAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia