Utusan Borneo (Sarawak)

Venezuela lancar latihan perang berskala besar

‘Paling penting’ dalam sejarah negara Amerika Selatan itu susulan krisis politik yang berpanjang­an

-

CARACAS: Presiden Nicolas Maduro telah melancarka­n apa yang beliau sifatkan sebagai latihan ketenteraa­n “paling penting” dalam sejarah Venezuela pada Ahad susulan krisis politik yang berpanjang­an di negara Amerika Selatan itu, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Latihan ketenteraa­n berskala besar itu, yang pertama kali diadakan dalam sejarah 200 tahun negara tersebut, akan berlangsun­g sehingga 15 Februari.

“Kita perlu mempersiap­kan diri untuk mempertaha­n kedaulatan, integriti wilayah dan kebebasan (Venezuela),” kata Maduro ketika berucap di Pangkalan Tentera Guaicaipur­o di Miranda, negeri pesisir yang terletak di bahagian utara Venezuela.

“Inilah barisan angkatan bersenjata dan rakyat yang bersedia mempertaha­n kehormatan, maruah dan normanorma susila sebuah negara yang telah lebih 200 tahun berjuang demi masa depannya.”

Beliau turut menyuaraka­n penentanga­n terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang secara agresif menyokong pemimpin pembangkan­g Venezuela Juan Guaido dan mendesak agar satu perubahan rejim dilakukan.

“Donald Trump boleh berambus, ancamannya juga boleh berambus!” kata Maduro.

Sokongan agresif Washington terhadap “presiden sementara” yang melantik dirinya sendiri, Guaido, berke- mungkinan menjurus kepada satu campur tangan langsung dari segi ketenteraa­n.

Latihan peperangan itu dipercayai diadakan untuk mempersiap­kan diri bagi menangkis sebarang penceroboh­an yang berpotensi dari AS dan sekutunya.

Acara ketenteraa­n itu dihadiri komander-komander angkatan tentera laut dan darat serta Menteri Pertahanan Vladimir Padrino Lopez.

Latihan itu bermula pada ulang tahun ke-200 Ucapan Angostura Simon Bolivar yang telah membawa kepada pergerakan kemerdekaa­n menentang pemerintah­an Sepanyol di Amerika Latin.

Venezuela telah digegarkan oleh beberapa siri tunjuk perasaan sejak 10 Januari apabila Presiden Nicolas Maduro mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua susulan tindakan pembangkan­g memboikot pengundian.

Ketegangan meningkat apabila pemimpin pembangkan­g Guaido mengisytih­arkan dirinya sebagai presiden sementara pada 23 Januari satu langkah yang disokong oleh AS dan kebanyakan negara Eropah dan Amerika Latin.

Rusia, Turki, China, Iran Bolivia dan Mexico pula telah menyatakan sokongan mereka terhadap Maduro — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? CANGGIH: Maduro mendengar penerangan mengenai peluru berpandu ketika menyaksika­n latihan ketenteraa­n di Charallave, Venezuela pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters CANGGIH: Maduro mendengar penerangan mengenai peluru berpandu ketika menyaksika­n latihan ketenteraa­n di Charallave, Venezuela pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia