Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tubuh Unit Integriti

Unit Integriti akan ditubuh di semua kementeria­n, jabatan Kerajaan Sarawak dan badan berkanun negeri

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Unit Integriti diketuai pegawai integriti bertauliah (CEIO) akan ditubuhkan di semua kementeria­n dan jabatan Kerajaan Sarawak termasuk badan berkanun negeri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak merupakan negeri pertama mengambil inisiatif ini sebagai komitmen meningkatk­an integriti di kalangan penjawat awam.

Bagi tujuan itu, Kursus CEIO dilancarka­n semalam bagi melatih 40 penjawat awam negeri termasuk daripada badan berkanun negeri untuk ditempatka­n di setiap unit itu nanti.

Bukan itu sahaja, mulai semalam seorang pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) akan ditempatka­n di Unit Integriti dan Ombudsman Negeri untuk membantume­mbudayakan integriti, meningkatk­an akauntabil­iti,

Saya juga ingin menegaskan supaya semua agensi kerajaan negeri mengenal pasti risiko rasuah masing-masing dan menyediaka­n pelan pengurusan rasuah

” masing-masing.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

ketelusan dan tadbir urus dalam pentadbira­n termasuk badan berkanun negeri.

“Saya juga ingin menegaskan supaya semua agensi kerajaan negeri mengenal pasti risiko rasuah masing- masing dan menyediaka­n pelan pengurusan rasuah masingmasi­ng.

“Bagi meningkatk­an tahap integriti sekali gus membantera­s rasuah, saya mahu supaya kumpulan sokongan turut diberi perhatian dengan menyediaka­n kursus yang sesuai untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam amanatnya sempena Majlis Amanat Perdana In- tegriti ( MAPI) 2019 yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Penview ( PCC) Demak di sini semalam, anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Negeri dengan kerjasama SPRM.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip serta Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Terdahulu dalam amanatnya, Abang Johari mengakui mustahil untuk menghapusk­an sepenuhnya gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Tetapi katanya, beliau akan pastikan kerajaan negeri meletakkan integriti dan antirasuah sebagai keutamaan dalam gerak kerja tahunan.

“Sejak dari 2017, kerajaan telah melaksanak­an dengan penuh gigih usaha ke arah pemantapan integriti.

“Kerajaan juga telah menubuhkan Unit Integriti dan Ombudsman Negeri untuk mendidik, memupuk nilainilai murni dalam kehidupan dan seterusnya menggalakk­an semua rakyat mengamalka­n integriti dalam kehidupan seharian,” katanya.

Selain mendengar amanat daripada Ketua Menteri, pe- serta yang menghadiri majlis ini turut mendengar tiga ceramah mengenai integriti yang disampaika­n penceramah bertauliah.

Antaranya, Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia Datuk Seri Zakaria Jaffar, Presiden Transparen­cy Internatio­nal Malaysia Datuk Seri Akhbar Satar dan ceramah daripada ketua pesuruhjay­a SPRM sendiri.

Abang Johari turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an menulis esei integriti sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi bagi kategor bahasa Melayu dan bahasa Inggeri serta pertanding­an video pendek integriti.

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? KENANGAN: Abang Johari (duduk tengah) serta tetamu kenamaan yang lain merakam gambar bersama peserta Majlis Amanat Perdana Integriti 2019 di PCC Demak semalam.
— Gambar Chimon Upon KENANGAN: Abang Johari (duduk tengah) serta tetamu kenamaan yang lain merakam gambar bersama peserta Majlis Amanat Perdana Integriti 2019 di PCC Demak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia